WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 19, 2013

SSP MUNCUL JUARA WIND ORCHESTRA 2013

Kumpulan Orkestra Seri Puteri muncul juara dalam Pertandingan Wind Orkestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, atau Finale Festival Wind Orchestra 2013.Kumpulan itu menewaskan lapan pasukan lain untuk membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan. Konduktor kumpulan orkestra Seri Puteri Junaidah Jamaluddin turut diumum Konduktur Terbaik yang menerima wang tunai RM500 bersama piala pusingan dan hadiah iringan. Turut berangkat pada majlis itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, yang diiringi Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Hadiah kepada pemenang disampaikan Sultan Ahmad Shah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Kumpulan Orkestra Seri Puteri menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Wind Orchestra pada 2003 dan 2005, Naib Johan pada 2004 dan 2006 serta Johan pada 2008. Tempat kedua dimenangi Kumpulan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah yang menerima wang tunai RM3,500 serta hadiah iringan manakala Sekolah Menengah Sains Kuching di tempat ketiga untuk membawa pulang wang tunai RM2,500 dan hadiah iringan.Pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 bersama hadiah iringan.
Senarai Sekolah Yang Menyertai Finale Wind Orchestra 2013
1) Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
2) Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
3) Sekolah Menengah Sains Kuching
4) Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu)
5) Sekolah Dato'  Abdul Razak (Seremban)
6) Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
7) The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
8) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
9) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Ipoh)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, June 15, 2013

CHONG WEI LAYAK KE FINAL TERBUKA INDONESIA 2013


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong bWei menghampiri untuk menjulang gelaran kelima Terbuka Indonesia apabila dengan mudah mengalahkan Dionysius Hayom Rumbaka pada separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta hari ini.
   
 
Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan juga wakil tunggal Malaysia yang masih bertahan, hanya mengambil masa 39 minit untuk menjinakkan pemain Indonesia berusia 24 tahun itu dengan keputusan 21-17 dan 21-14.
    
Dalam perlawanan akhir esok, Chong Wei akan menentang pemain nombor 22 dunia, Marc Zwiebler dari Jerman.
    
Chong Wei telah mengatasi pemain Jerman itu dalam kesemua enam pertemuan sebelum ini.
    
Dalam satu lagi saingan separuh akhir perseorangan lelaki, Zwiebler  mengalahkan seorang lagi pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto dengan 21-17 dan 21-10 dalam pertarungan selama 37 minit.
    
Untuk rekod Chong Wei, 30, pernah menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia itu pada 2007, 2009, 2010 dan 2011. - Bernama





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, June 14, 2013

DEMI BUDAK STAR - ULTRAS RAHMAN

Baru-baru ini Imanshah terlibat dengan dua pertandingan di peringkat SBP melibatkan kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Kedah dan juga Hari Kecemerlangan SBP di SM Sains Selangor. Dalam ke dua-dua pertandingan tersebut, pasukan sorak STAR iaitu ULTRAS RAHMAN telah hadir memberi siongan kepada pasukan sekolah. Sememangnya STAR memiliki pasukan sorak yang hebat dan memiliki semangat yang kental walau apa jua keputusan. Imanshah kongsikan video pasukan sorak STAR yang bertajuk DEMI BUDAK STAR dalam ke dua-dua pertandingan.

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan



Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP)










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PERAK JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN HOKI MSSM 2013

Berikut merupakan keputusan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013

1) Perak (125 mata)
2) Selangor (85 mata)
3) Kuala Lumpur (66 mata)

Kontijen Perak muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013


Anugerah-anugerah Kejohanan Hoki MSSM 2013

Perempuan Bawah 12 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Kersimah kauran (Sabah)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nur Diyanah bt Nordin (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Nir Faezatul Elsya bt Amran (Terengganu)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Nur Syaza Afiqah bt Safawi (Kuala Lumpur)

Lelaki  Bawah 12 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Mohammad Shamir bin Mohamad Amran (Perak)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Mohammad Faizul Ariff bin Abdul Azis (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Aidiel Adha bin Mohd Noor (Kelantan)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Muhammad Syahmi Aiman bin Mat Jusoh (Kelantan)

Perempuan Bawah 18  Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nur Aisyah bt Yaacob (Melaka)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nurul Shafizan bt Amran  (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Sazaumira bt Mohamad Ismail (Selangor)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Ellya Shairah bt Ellias (Selangor)

Lelaki Bawah 18 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nor Syafiq bin Sumantri (Kuala Lumpur)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir -Nik Mohd Aiman bin Nik Rozemi (Terengganu)
3) Penjaga Gol Terbaik - Adrian Andy Albert (Sabah)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Muhammad Hasikal bin Zamri (Selangor)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget