WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012 : TUJUH NEGERI MENURUN

KUALA LUMPUR - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lepas dengan beberapa negeri menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh keputusan semua A.

Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.


Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.


Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.
Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).

Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam. Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.

Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011. Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.

Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C. Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.

Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011. Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus.


Di ALOR STAR, seramai 3,342 calon di Kedah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 0.11 peratus berbanding tahun lepas.  Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2012 negeri itu meningkat 1.87 peratus kepada 66.32 peratus berbanding 64.45 peratus tahun lepas.

   
Di KENINGAU, seramai 1,035 daripada 45,337 calon UPSR 2012 di Sabah memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin. "Pada keseluruhannya seramai 21,140 calon atau 47.22 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran diambil yang menunjukkan peningkatan 2.19 peratus berbanding 20,403 calon tahun lalu," katanya.
   
Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,012 dari 22,790 calon mendapat keputusan semua'A', merosot kepada 13.22 peratus berbanding 15.56 peratus tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin.


Di SHAH ALAM, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 calon memperoleh semua A, menurun 0.96 peratus daripada 9,004 calon cemerlang tahun lepas. Seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.

    
Di IPOH, seramai 3,718 calon UPSR di negeri itu memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 3,882 calon tahun lepas, menurun sebanyak 0.82 peratus. Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata bagaimanapun jumlah calon yang mencapai tahap penguasaan minima (ABC) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 28,298 calon berbanding 26,818 calon tahun lepas.
    
Di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Md Nor A Ghani berkata 9.07 peratus calon memperoleh keputusan semua A, menurun sabanyak 0.69 peratus berbanding 9.76 peratus pada 2011. Beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.57 peratus daripada 59.66 peratus tahun lepas kepada 60.23 peratus tahun ini. - Bernama




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget