WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 18, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU DAN STAF 2012

Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsung Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 2012. Selaku pengerusi kelab guru dan staf yang baru diamanahkan dengan jawatan ini, saya berusaha untuk menyatukan guru-guru dan staf bukan akademik di sekolah. Alhamdulillah kehadiran begitu mengujakan. 90 % daripada 95 kakaitangan hadir meraikan majlis petang tadi. 


Antara tetamu yang hadir.


Semua guru menerima hadiah cabutan bertuah.

Antara intipati ucapan saya selaku pengerusi kelab :

1) Penghargaan terhadap golongan di belakang tabir terhadap kejayaan sekolah adalah kurang. Misalnya peperiksaan SPM dan PMR, yang menonjol ialah golongan pendidik. Maka keperluan untuk pihak sekolah dalam mengahrgai "unsung heroes" ini juga kerana tanpa mereka, sudah tentu perjalanan sekolah tidak dapat berjalan dengan lancar.

2) Keperluan dalam menghimpunkan staf akademik dan bukan akademik dalam majlis-majlis sebegini supaya tidak ada tembok yang memisahkan antara ke dua-duanya.

3) Dalam aspek kebajikan, selaku pengerusi saya cuba sedaya upaya untuk menjaga kebajikan semua kakitangan. Jika ada permasalahan yang berbangkit, seharusnya mengikut saluran yang betul. 

4) Kelab guru sedang mengusahakan Pusat Penjagaan Kanak-kanak (nursery) khusus untuk kebajikan guru-guru dan staf.

4) ucapan terima kasih kepada guru praktikum yang akan menghabiskan tempoh praktikal di STAR. Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat untuk dibawa ke alam kerjaya kelak.


Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang hadiah yang bernilai RM 1000. Juga kepada ahli jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

dee said...

oh boleh praktikal kat STAR? huhuhu baru tau.

MystoryPic said...

awalnya sekolah buat jamuan akhir tahun... dalam family saya ada 2 orang pendidik

ckLah @xiiinam said...

kena ngaji dengan Imanshah ni. Setelah setahun di sini, ckLah kena pulak jadi Naib Pengerusi Kelab Staf. Pengerusinya lelaki. Jenuh memberi alasan mengelak masa mesyuarat agung minggu lepas....tapi, kalau juga. HUhuhu.

gadisBunga™ said...

banyak aktiviti kat sekolah hujung tahun ni ye cikgu.

bila nak turun JB? ;D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget