WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 24, 2012

BUFFET RAMADHAN TERBESAR DI IPOH SEMPENA RAMADHAN 2012

Ingin menikmati buffet Ramadhan terbesar dan murah di Ipoh? De' Polo Cafe Lan's Catering menyediakan perkhidmatan buffet Ramadhan terbesar di Ipoh untuk Ramadhan tahun 2012/1433 H ini. De' polo Cafe Lan's Catering ini terletak bersebelahan padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz ataupun lebih popular dengan panggilan Padang Polo.


Harga yang ditawarkan ialah untuk DEWASA RM 24.90, manakala Kanak-kanak RM 14.90. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, adalah percuma. Untuk menempah, Lan's Catering boleh dihubungi melalui  talian 05-3120515, 018-5899767, 016-5688229 ataupun 019-5087767. 

DI sini juga disediakan kemudahan surau yang selesa serta beberapa gerai pakain dan perabut. Selamat mengunjungi Buffet Ramadhan Terbesar di Ipoh.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Kalamhati said...

waahh sedak tuh..harga pun tak mahal sgt

Cheq Sue said...

Buleh la belanja...

kakcik said...

Entah bila agaknya kakcik nak balik ke Ipoh lagi. :(

cheqna said...

harga memang murah tu..kat trg paling murah rm40++

Saya Disini said...

bestnye

gadisBunga™ said...

ok. murah.

tapi jauh laaaa~

Nur-nba said...

Harga sangat berpatutan.. Kalaulah dekat tentu dah pergi..

tango said...

Dulu 20 ringgit skang dah 25 setakat nak merasa buffet bolehla tu pun selalu abes awal tak berbaloi utk 20 ringgit..rasa makanan boleh bagi 1 bintang je la

Jimie Turoon said...

semalam kesempatan berbuka dibuffet ramadhan ngan nak buat posting pasal lans catering usha2 page orang dulu..

best food teringgat makan lauk mak.. siput sedut, lala, ikan patin tempoyak, mmg terangkat la... haha...pucuk paku ada, sambal ikan bilis ada, ayam masak merah ada... yang paling best pecal. perghh kuah diaa..melekat.. rebung pun ada.. tapi tak makan huhu...
ada gak lauk nasi briyani dengan laksa.. huhuhu... best la kalau nak tukar selera ke arah arah makanan kampung.. huhuhu

appetizer dier.. ULAM ULAMAN kampung.. pegaga,jantung pisang,pucuk paku, pucuk ubi, daun pucuk betik di cicah plak ngan cecanlok, sambal belacan, budu, air asam, tempoyak...

kuih muih pun penuh table dessert
haha. cucur jagung cucur bawang cucur bilis aggar kuih lepat kuit seri muka kuih kesui.. perghh... nikmat

untuk selera kampung the best place
sepertii orang macam sayaa.
Great!

masalah satuuu jee......
nak gi toilet kena menungguu...panjang bebenor..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget