WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 15, 2012

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan  murid-murid yang dikasihi 
sekalian,

1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu 
signifikan  dan diabadikan menerusi ungkapan  tema Hari Guru yang 
diraikan  pada  16 Mei setiap tahun.  Guru  dipandang tinggi sebagai 
pemangkin pembangunan negara,  pembentuk generasi dan menjadi asas 
kemajuan pendidikan negara  di samping memacu kejayaan rakyat.  Guru 
yang  melengkapi diri dengan kualiti dan  Standard  Guru Malaysia diakui 
mampu menjamin  keberhasilan negara, antaranya guru  yang inovatif dan 
kreatif  teras  kejayaan wawasan,  guru berkesan pendidikan cemerlang, 
guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara 
terbilang.

2. Pada tahun  ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi 
Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru 
menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang 
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 3
merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, 
amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta 
kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

3. Sebagai  golongan profesional yang menjana dan menjuarai
perubahan, kita perlu peka dan bersedia  memperlengkapi diri menjadi 
guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau 
strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan  dalam 
menyampaikan  ilmu kepada generasi  anak didik. Guru yang inovatif juga 
berkemampuan mencipta kelainan  atau modifikasi  menggunakan unsur 
dan sumber sedia ada  serta menjelmakannya sebagai elemen  sintesis
yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, seorang guru yang inovatif  juga  mempunyai  tahap  ketekunan 
yana tinggi,  belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea 
secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan 
pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang 
berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan
teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan 
seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.

Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem pendidikan negara  dimanifestasi melalui 
transformasi  yang berbentuk dinamik dan progresif  yang  akan 
direalisasikan oleh  para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi,  dan 
berdaya saing. Sehubungan itu,  Kementerian Pelajaran Malaysia telah 
melaksanakan  program  bina upaya  untuk  meningkatkan  amalan 
profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi 
pendidikan secara keseluruhan.  Objektif  Pelan Pembangunan 
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  secara khususnya 
bermatlamat melahirkan para pendidik  yang berwatak profesional, 
berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar. 
Warga pendidik sekelian,

5. Pelbagai ganjaran  disediakan  dan inisiatif  direncana  oleh pihak 
kerajaan  bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
Keprihatinan kerajaan ini disalurkan  menerusi pelbagai usaha, misalnya
melalui  pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam 
aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa 5
penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan 
keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi 
sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan 
perkhidmatan yang effisyen dan  cemerlang dalam dunia pendidikan yang 
berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi 
cabaran global.

6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban 
tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, 
bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu 
Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima 
fokus utama bagi  menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik 
pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; 
menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan 
bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan 
ujian/peperiksaan dan meningkatkan  penggunaan ICT dalam pengurusan 
sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.

7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua 
warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan 
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang 
tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan 
oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat  agar warga pendidik 
terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas 
tanggungjawab  melahirkan  generasi masa depan yang berjati diri, 
berdaya saing, bertanggungjawab,  berpegang teguh kepada ajaran 
agama serta mengamalkan nilai sejagat.

Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya  yakin  bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para 
guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa 
kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada 
di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang.  Kehadiran murid 
ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu 
dan  mempertingkat kualiti diri.  Setiap murid di mata dan hati seorang 
guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan 
tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya  akhirnya 
mereka dapat menjadi  individu  dan warganegara  yang berdaya saing, 
berfikiran  kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan  sedar akan 
kepentingan  amalan  berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid 
yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri 
kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah 
yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk 
murid-murid semua. 

9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang 
dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi  penuh 
dedikasi,  bertunjangkan integriti dan  berlandaskan etika perkhidmatan. 
Selaku  pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses 
transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik  mempunyai 
kedudukan tersendiri,  disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. 
Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap 
kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap 
daripada kita untuk  melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Sebagai penutup,  ingin saya titipkan mutiara kata  Syeikh Muhammad 
Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun 
umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, 
memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang 
terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat 8
dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk 
memperbaharui gerak langkah”.

WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … 

“SELAMAT HARI GURU”!

DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget