WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, April 24, 2012

e-FILING DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MEI

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas setiap pembayar cukai yang gagal mengemukakan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2011 sebelum 30 April ini.
LHDN melalui satu kenyataan media hari ini mengingatkan kepada semua pembayar cukai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2011 cuma tinggal tujuh hari lagi.
“Hanya ada tujuh hari sahaja lagi untuk berbuat demikian. Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan dan tindakan boleh dikenakan,” tegas kenyataan itu hari ini.
Kata LHDN, tindakan yang boleh dikenakan termasuk amaun penalti tidak akan melebihi tiga kali ganda cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 112 (3) mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
Justeru, kata kenyataan itu, LHDN menyeru semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Jelas kenyataan itu, sekiranya pembayar cukai memilih untuk menghantar melalui perkhidmatan e-Filing, maka tarikh akhir dilanjutkan pada 15 Mei 2012.
“E-Filing mudah, tepat dan selamat. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.hasil.gov.my atau hubungi talian 1-300-88-3010,” tegas kenyataan itu lagi.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

saya belum mengisi borang BE tu lagi

khaifaiz said...

alamak... belum sempat utk mengisi...

pB said...

dah siap dahhhhh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget