WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 29, 2012

PIDATO BAHASA MELAYU

Petang tadi Imanshah membawa seorang pelajar menyertai Pertandingan Pidato Bahas Melayu Peringkat Zon 1 Kinta Utara di SMK Wira Jaya, Ipoh. Seramai lapan peserta dari lapan buah sekolah dalam zon 1 telah mengambil bahagian. Pidato dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pidato wajib dan pidato spontan. Pelajar yang terpilih mewakili sekolah ialah Dhinie Zhafri bin Zainuddin.


Dhini sedang menyampaikan pidato beliau yang bertajuk AKHLAK MULIA KELUARGA BAHAGIA, manakala dalam pidato spontan, tajuk yang diberikan adalah DISIPLIN DIRI MENJAYAKAN WAWASAN.


Alhamdulillah, diumumkan mendapat pertama. Mengulangi pencapai abagng-abang senior yang lalu. Rasanya dah lapan tahun berturut-turut  kami bergelar juara. Tahniah Dhini, insyaAllah membawa cabaran Zon 1 ke peringkat Daerah Kinta Utara nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

ummu_ammar said...

Tahniah utk Dhini..

Pelajar saya bernama Dinnie juga,tp Dinnie Asyraf turut hebat dalam pengucapan awam.. Hari Rabu akan bertanding Pidato...

>_<

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget