Sebenarnya sudah tiga hari Imanshah berada di bandar diraja Kuala Kangsar membawa para pemain hoki menyertai Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 2012. Sebab itulah Imanshah tak berpeluang untuk menulis entri-entri yang baru dan hanya bersandarkan berita-berita semasa sahaja. Alhamdulillah setakat semalam, pasukan kami berupaya menunjukkan kejayaan yang agak baik apabila melepasi halangan awal menumpaskan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, masing-masing dengan keputusan 3-0 dan 4-0.
Dan pagi ini, pertemuan yang pastinya menjadi tumpuan adalah perlawanan peringkat suku akhir apabila pasukan STAR akan bertemu dengan musuh tradisi MCKK di peringkat SUKU AKHIR. Sudah tentunya tidak pernah dalam sejarah dalam apa-apa perlawanan, tidak menjanjikan pertemuan yang sengit antara ke dua-dua pasukan. Imanshah harus mempersiapkan pasukan yang bukan sahaja kuat fzikal dan taktikal bahkan ketahanan mental juga harus diambil kira. Ketika inilah bukan sahaja sebelas pemain terpaksa menentang sebelas pemain tetapi pasukan Imanshah terpaksa mengahadapi sokongan dan sorakan dari penyokong tuan rumah yang akan turun beramai-ramai memenuhi stadium.
Inilah perjuangan hidup dan mati kami di bumi Kuala Kangsar. Jika kalah maka kami akan tersingkir di HALAMAN musuh. Doakan anak-anak muda ini !InsyaAllah kami datang dengan harapan, kami akan pulang dengan kejayaan.









8 GENTA RASA:
Good luck semoga pulang bawak kejayaan k
Memang dari zaman persekolahan IM STAR dan MCKK handal dalam sukan hoki.
Err... sekolah Anderson di tangga berapa?
ni berperang dari segi fizikal dan emosi! semoga berjaya!!!
gud luck...semoga pulang dgn kejayaan...InsyaAllah.
good luck..moga jadi juara..
Semoga terus hidup....
Eh silap...semoga panjang umur dalam kejohanan tu. (sebab tajuknya antara hidup dan mati...)
semoga terus maju dan berjaya meraih kegemilangan, iman
Post a Comment