Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Tahun lepas 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. – BERNAMA









3 GENTA RASA:
gud lak kepada semua calon, guru2 dan ibu bapa
Cikgu IMANSHAH...Elok mereka nyanyi lagu lama ni
NYANYIAN dj dave
*******************************
Hati sungguh berdebar
Rasanya tidak sabar
Menanti keputusan periksa
Alangkah gembiranya
Bila diberitahu
Aku mendapat markah terpuji
Ayah ibu berbangga
Guru dan kawan-kawan
Mengucapkan tahniah
Atas kejayaanku
Ohhhhhh sebagai pelajar cemerlang
Air mata bercucuran
Kerana kuterharu
Demi berkat rajin usaha
Akhirnya berjaya
Kepada kawan-kawan
Yang kandas pelajaran
Janganlah putus asa
Teruslah mencuba....
semoga kawan3 dpt kepututsan yg cemerlang...
Post a Comment