Kejohanan Hoki Kinta Utara ditutup hari ini. Sedih dalam gembira. Begitulah rumusan terhadap Kejohanan kali ini terutamanya melibatkan STAR. Apapun target untuk berada di final akhirnya tercapai setelah hampir sepuluh tahun kemarau untuk melangkah ke pentas final. pada sebelah pagi STAR berjaya menewaskan rival uatama dalam daerah iaitu SMK Methodist Ipoh (ACS) . Dalam perlawanan tersebut STAR dan ACS terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar, namun dengan kekentalan mental dan sedikit kelebihan, akhirnya kami menang penalti 4-3. Gol STAR dijaringkan oleh Zahran Syahmi, manakala penalti stroke dijaringkan oleh Faris Habeha, Amirul Hafiz, Afiq Azman dan Ridzuan Ramli. Tahniah juga buat Firdaus kerana berjaya menyelamatkan dua penalti.
SEMI FINAl STAR vs ACS IPOH
Akhirnya pentas final yang didam-idamkan berjaya dijejaki. Namun menyedari betapa SMK Anderson bukan lah lawan mudah, STAR tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Layak ke final pun satu rahmat, menang pula anugerah. Anderson, juara Sekolah-sekolah Malaysia terlalu gagah jika dibandingkan dengan kami yang baru hendak bermula. Dan kami akur dengan kekalahan 6-0. Satu angka yang besar, namun tetap optimis kerana sebelum itu pasukan ANDERSON membelasah banyak sekolah dengan keputusan 15-0.
Appaun tahniah buat semua, jurulatih, pengurus, dan yang paling penting smeua pemain kerana tahun ini kita bermula dengan baik. InsyaAllah ini baru permulaan dan banyak lagi kejayaan yang akan kita kecapi selepas ini.
Nayanyian lagu sekolah menaikkan semangat
Aksi Final STAR vs ANDERSON
Menerima hadiah Naib Johan
Bergambar kenangan selepas perlawanan









14 GENTA RASA:
Hurmm.. Xpe... Bleh cuba lagi next year.
apa pun tahniah bergelar naib juara
Wah Anderson menang! Tahniah sekolah ku!!! Apa2 pun, tahniah juga buat STAR kerana dpt mlgkh ke final!
tahniah STAR!
takpe STAR. cemana cemana pun, mana anda tetap STAR. :D
berlatih lagi..
next time masih ada :D
p/s : LIKE it here ;)
padang kelas pertama ni...
jatuh tak sakit
pepun tahniah =)
wah Tahniah2x ... dasyat r skolah Anderson tu
tak pa semangat mesti kuat ABK pun waktu mewakili hoki sekolah cuma pernah Juara sekali je yg lain (tingk 1-5) Naib je...tapi kalau Nettbal 4 tahun Juara sekali je No.3 sebb ABK dan budak Centre terseliuh kaki,ABK kiri dia kanan...mmg nasib kami tahun tu tak baik
percubaan pertama yg amat memberangsangkan..apapun tahniah utk guru2 n pemain2nya di atas semangat yg ditunjukkan....
tahniah kerna mara ke final...
tahniah atas kejayaan pasukan hoki STAR.. don't give up..
eh..tu en.guffri bagi hadiah...naik pangkat ke kementerian ke?
Post a Comment