SUMBER : BHARIAN
KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.
Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.
Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.
Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.
“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.
Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya. Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.
Komen Imanshah :
Berhati-hatilah wahai blogger semua. Kadang-kadang berita tak tahu hujung pangkal, kita dah terlebih tahu pula. Dah jadi macam ni, sapa yang susah kan. Duit nufnang pun tak cukup nak bayar saman kalau kes tu kalah. Ada ke duit nufnang?? hehe.









10 GENTA RASA:
hmm..
masih tak nak amik pengajaran.
sbb tu cheqna tak suka tulis perkara2 cam gini dalam blog..
baik citer pasal diri sendiri sudah =)
setuju dgn cheqna..better tulis pasal life sndiri je..kite pon kalau nak tulis pasal diri sndiri mesti nak tulis baik2 je kan..so renung2 kan dan selamat beramal :)
sia sia je kene saman
kalau nak buat sesuatu tu, biar jelaskan? lihat..apa yg bakal diterima..
Andai tidak tahu atau tidak pasti kesahihan...elok diamkan sahaja..
bimbang jatuh pada dosa fitnah..
:(
ingatkan student lg td..
kelate ko?
berhati2 dialam maya....
news blog ni bhaye jugak..berhati2 la..kang x psal2 dosa fitnah dpt,saman dunia pon dpt..
gara gara nak kejar trafik la ni
Post a Comment