Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.
“Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini. – BERNAMA









7 GENTA RASA:
kat tempat IM pun sama. pernah 10 tahun kerja, tak naik pangkat apa pun!
cikgu shah pegang jawatan apa
saya tak tergolong dalam kumpulan ini...dok takut lama aje le ! tak naik2 pong ! <( rakan seangkatan dah lama naik pangkat...)>
harap2 la bulan 4 ni naik...bahagia cikgu2 kita..kerja pun semangat je nnt :D
aloola.. susah r lpas ni.. harap2 abe shah dpat naik pangkat r..
tak nak bagi cakap jela tak nak bagi...hu hu...
masih main tarik tali...moga cptlh settle....
Post a Comment