Hujung minggu ini Imanshah dan beberapa rakan guru lelaki menghabiskan masa pagi kami di X-treme Park Futsal untuk satu perlawanan persahabatan antara kelab guru dari STAR, SM Teknik Lebuh Cator, SM Teknik Ipoh dan SMK Raja Permaisuri Bainun. Selain dapat mengeluarkan peluh, perlawanan persahabatan ini juga dijadikan sebagai salah satu aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Walaupun demam, Imanshah gagahkan diri memandangkan ahli kumpulan kami yang hanya cukup-cukup orang sahaja. Maklumlah bila dibuat pada hari Ahad, banyaklah urusan rakan-rakan yang lain. Ada yanag nak jaga anak, ada yang nak ke pasar ada yang nak jumpa tunang. Hehe.
Aksi pasukan kami (berbaju merah)
Kapten STAR sedang menerima hadiah Tempat Ke-2
Bergambar kenangan selepas majlis penutup. Tahniah, bulan depan kita main lagi.
Apapun, untuk perlawanan hari ini, hadiah untuk Imanshah ialah bengkak lutut. Sedap tu.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.
MONOLOG
Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa
TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA
PENAFIAN
Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih
11 GENTA RASA:
Cikgu2 kelihatan segak dan fit! Majulah sukan utk cikgu!
Cikgu2 pun main futsal...Majulah sukan untuk sekolah hehehe
@Umar
haha fit la sangat ramai dah boroi kahkah
saya x bersukan..hehe
Hari Ahad, orang ajak shoping tak nak! Kan dah sakit lutut....hehe
ooo...dapat tempat ke 2 ek...tahniah...berbaloi bengkak lutut hehe
ladap boleh tak pergi ke... kan semua cikgu kena p ladap... akak minggu depan, bermalam plak tuw, pengetua dah berumur anak2 dah besar2 bolehlah ber'ladap' bermalam, tang kita yg ada anak2 kecik.. x pergi ladap wajib, p.. sapa nak jaga anak2.. issshh dilema..
futsal is interesting... semangat berpasukan.. (",)
amboi, fit sungguh cikgu shah.huhu
@aimaniman
LADAP kami untuk cikgu-cikgu lelaki je
boleh r lawe futsal lpas ni? ada masa free set r..
Post a Comment