Hari ini Imanshah menerima berita yang amat mengejutkan apabila seorang bekas pelajar Imanshah telah kembali ke Rahmatullah dalam usia yang masih muda. Dikhabarkan Allahyarham yang baru berusia 20 tahun merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang. Allahyarham telah terbunuh dalam satu kemalangan di PERDA, Pulau Pinang malam tadi.
Allahyarham berbaju putih. Merupakan pelajar yang aktif dalam sukan hoki dan ketua batch 2009. Alhamdulillah, maghrib di Surau Alhamdaniah, Imanshah sempat menghadiri majlis tahlil yang diadakan oleh pelajar-pelajar STAR kepada arwah. Seorang lagi pelajar Imanshah mendahului kami guru-guru.Ternyata Allah menyayangi Allahyarham, dijemput oleh-Nya dalam usia yang muda.
Salam takziah buat keluarga ALlahyarham sekeluarga. Semoga tabah menerima takdir dan ketentuan Ilahi. Buat anakku Fain, cikgu doakan agar rohmu dicucuri Rahmat dan dikau diletakkan bersama golongan yang bertaqwa dan beriman. Kepada rakan-rakan guru, STARIANS (juniors dan seniors) yang mengenali Allahyarham, ampunkanlah segala dosa dan kesalahan Allahyarham kepada kalian.
Kepada sahabat maya saya dan pembaca setia Hok Sengoti, saya mohon agar disedekahkan Alfatiahah buat Allahyarham. Terima kasih buat semua.










14 GENTA RASA:
al fatihah
moga arwah tenang disana
@cheqna
budak trengganu ni
Takziah
salam takziah.. al-Fatihah buat arwah.
insyaALLAH, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. :)
al fatihah
Belasungkawa buat semua yang menyayanginya.
Al- fatihah..
alfatihah
Semoga kembalinya arwah disusuli dengan rahmat Allah. Amin.
salam..
mukanya nampak jernih...orang baik ni biasanya ALlah ambil dulu :)
al fatihah :(
innalillahiwainailahirojiun...
org yg hebat selalu dijemput awal...
Al Fatihah buat Arwah...
Macam tahu2 je Arwah pakai baju putih..
Itulah warna lahir dan akhir kita putih...
alfatihah..
moga rohnya aman disana..
Post a Comment