Great Britain yang menduduki ranking keempat dunia adalah antara tujuh pasukan yang akan berentap pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 di Stadium Azlan Shah di sini dari 24 Mei hingga 3 Jun ini.
Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abdul Rahim Md Arif berkata selain Great Britain, pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan ialah Korea Selatan (ranking keenam dunia), New Zealand (7), Pakistan (8), Argentina (9), India (10) dan tuan rumah Malaysia.
Malaysia menduduki ranking ke-13 dunia.
Sempenan dengan kejohanan berprestij itu, katanya, pihaknya akan menganjurkan Kejohanan Tertutup Kebangsaan dan Klinik Hoki secara serentak dengan tujuan memeriahkan lagi kejohanan tahunan itu.
"Acara sampingan itu adalah untuk menarik lebih ramai peminat menyaksikan kelibat pasukan handalan dunia di Ipoh," katanya kepasda pemberita di sini hari ini.
Selain itu, katanya, hadiah untuk cabutan bertuah semasa kejohanan itu juga akan ditambah bagi menarik lebih ramai penonton datang menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan.
Abdul Rahim berkata Kejohanan Tertutup Kebangsaan akan diadakan di Stadium Indera Mulia dari 1 hingga 3 Jun.
Manakala Klinik Hoki anjuran Persekutuan Hoki Asia (AHF) akan diadakan sepanjang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Akademi Hoki Malaysia di Bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) Perak.
SUMBER : ARENA.MY










2 GENTA RASA:
persatuan hoki malaysia nampak macam tak aktif menganjurkan kejohanan hoki. ini dapat dilihat dari kondisi stadium hoki azlam shah yang malap.
malaysia sebenarnya sebaris dengan juara-juara hoki dunia seperti juga badminton. sewajarnya malaysia rebut peluang ini dengan banyak mencungkil bakat baru.
boleh tahan hoki malaysia ye :)
Post a Comment