WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, January 27, 2012

VIRUS KENCING TIKUS

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi IZWAN PILUS yang telah kembali ke Rahmatullah, mankala bberapa tahun yang lepas, arwah Din Beramboi juga telah meninggal dunia. Dikatakan ke dua-duanya dijemput Ilahi kerana dijangkiti virus Kencing Tikus. Memang benar, virus ini hanyalah sebab musabab kepada kematian mereka, namun ketentuan -Nya sudah tertulis sejak azali lagi.

Apapun, sebagai langkah beringat dan berjaga-jaga tidak salah rasanya untuk umat manusia mengambil berat tentang virus ini. Kata orang mencegah lebih baik dari berubat. Imanshah ingin berkongsi satu artikel berkaitan virus ini yang Imanshah petik dari MY NEWSHUB. Moga-moga ianya bermanfaat.


Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.
Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Menerusi sebuah artikel yang pernah penulis baca, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’
Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus.
Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.
Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.
Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.
Di antara faktor risikonya adalah:
    1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.

    2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
    3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
    1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

    3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
    4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
    5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
    6) Radang selaput mata
    7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

Yang pasti, penulis berharap kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.
Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

akuzle ayu said...

alhamdulillah! tqvm atas perkongsian... bila ditulis pekerja sistem pembentungan tuh, gentar juga akak psl hub keja IWK. tapi, setiap tahun mmg company akan buatkn temujanji utk medical check-up n suntikan yg agak mahal. itulah, risikonyer sgt tinggi. memula keja dlu, hub akak kne jangkitan kuman kat telinga. alhamdulillah! takder aper2...

KuNanGKuNanG said...

skrg ni mcm2 penyakit ada.harap2 nnti ada la penawar tuk pengakit ni..

Azham Vosovic said...

Bro, nak berkongsi satu cerita ni...tahun lepas bulan Jun saya dimasukkan ke hospital selama seminggu sebab leptospirosis ni lah...Alhamdulillah saya cepat buat pemeriksaan hospital, simptom masa tu adalah demam menggigil selama lebih 1 minggu.... alhamdulillah sudah sembuh lepas tu....semua cerita ada kat link blog post di bawah:

http://azhamvosovic.blogspot.com/2011/06/anemia-leptospirosis.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget