WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 1, 2012

SANAH HELWAH IMANSHAH


Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasih-Mu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba-Mu ini... pimpinlah hati hamba-Mu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Shahnun Abdul Ghani (Imanshah)
1 Januari 1980..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

41 GENTA RASA:

zati embong said...

selamat hari jadi O.o

Rozuan Ismail said...

ey, bukan 2/1 ke?tak pe lah wish dulu k.happy birthday!!

nur aisya humaira said...

hepy befday cikgu iman...:)

semoga bahagia slalu..

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

saeng il chuka hamida imanshah...
semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan..dan sentiasa mendapat keberkatan Allah.

tunz said...

ALHAMDULILLAH..MOGA LEBIH BERKAT...

ROZILA said...

Salam Imanshah,

selamat harilahir....

selamat tahun baru 2012...

semuga segala urusan dipermudahkan..
Amin......

IMANSHAH said...

@Rozuan Ismail

birthday saya 1 Januari Wan

Sekamar Rindu said...

salam..

selamat hari lahir bro..:)) moga dipanjangkan umur..dimurahi rezeki..bahagia di dunia dan di akhirat..

'selamat tahun baru 2012'

Afida Anuar said...

ingatkan nak tunggu masuk 1 jan, tapi dah ngantuk dah...errr...wish je la in advance kan?;)

Selamat ulang tahun hari lahir sahabat.. moga Allah sayang kamu dunia akhirat, diberi rezeki yang banyak dan berkat, jodoh yang solehah lagi mukminat, menjadi hambaNya yang soleh serta taat.... Aminn..insyaAllah..

PS: makan kek besday jangan lupa orang2 kat sini!;)

Zul & Azizi Boarding Pets said...

Selamat menyambut hari lahir IMANSHAH...& Selamat tahun baru 2012..

BTW Kami dah follow blog imanshah, jangan lupa follow blog kami lepas ni ye.. TQ

www.mylovely-cats.blogspot.com

kasihibu said...

betul betul pembuka tahun tu

selamat hari lahir semoga diberkati, di rahmati dan di redhai olehnya yang Esa....

selamat tahun baru 2012 semoga kita semua mendapat kerahmatan darinya Yang Esa...

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

xbeli kek pun awak

Azham Vosovic said...

ALhamdulillah...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu bro ;)

adrenalina said...

sannah helwah ya ImanShah! semoga lebih kukuh iman dan menjulang diri ke jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t (hari ni asyik dengar perkataan menjulangkan jer kat msyuarat...so dh taksub dgn perkataan tu skarang) hehehe

alif haris said...

waaah lahir 1 jan .. sanah helwah cikgu ^^

Citarasa Rinduan said...

buat cikgu iman, sahabat blogger yang selama ini banyak memberi kekuatan buat saya

http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/01/ambang-2012-selamat-hari-lahir-buat.html

gadisBunga said...

awak tulis tu masa 1/1/1980 ke? hihihi~

*

ada 2 org hebat yg saya kenal yang birthdaynya jatuh pada hari ini. satu daripadanya awak lah. satu dunia sambut!

selamat hari lahir awak. semoga dilimpahkan kurnia dan diberi rahmat seiring dgn ucapan tahun baru semua orang. amin. nak kek? ke nak bahulu? :p

kakcik said...

Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Selamat hari ulangtahun kelahiran Cikgu Shahnun Abdul Ghani. Semoga Allah sentiasa melimpahkan dirimu dan keluargamu dengan rahmat dan kasihsayangNya.

nabilah_2908 said...

anak tahun baru :-)
Selamat Hari Lahir...!!!

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

tk ayu..saya dah jenguk

IMANSHAH said...

@gadisBunga

erk, haha takkanlah tahun 80 mana la komputer ada lagi

delarocha said...

selamat tahun baru dan selamat hari lahir... have a blessing 2012

NzA said...

Selamat hari lahir dan selamat tahun baru....

nyanyisunyi said...

Selamat menyambut hari tambah usia cikgu Shahnun aka imanshah..mudah2an dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat dan bertemu jodoh di tahun 2012..aminnnn..

peRmaTa_ aGamA said...

selamat hari lahir n selamat tahun baru 2012..

m0ga tahun dan hari yg mendatang akan lbih bermakna n dredhai Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

remyhazza said...

selamat hari lahir dari saya jugak !!!
doakan yg terbaik utk awak.....

klcitizen cikgunormah said...

semoga Allah mengurniakan segala yang terbaik buat iman

Zul Fattah said...

Selamat hari lahir .. smoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat..

sonata anak kancil said...

Selamat Tahun Baru - Selamat Hari Lahir - semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang sihat walafiat dan ceria selalu

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Selamat Hari Jadi

amin amin amin atas harapan dan doa2 tu


ps:tiap2 tahun gomen bagi cuti pd hari jadi Imanshah...he he

Cheq Sue said...

Selamat tahun baru, selamat ulang tahun... bertambah satu angka, semoga bahagia selamanya. Semoga jua yang di cita menjadi nyata... (-_-)

IMANSHAH said...

@atuk

tk..itu yg seronoknya semua org bercuti

khairul akmal bin azman said...

moge hidup makin berjaya hendaknya

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Selamat Hari Lahir buat cikgu.
Moga sentiasa dalam rahmah Allah swt.
Tq

@xiiinam said...

Selamat HAri jadi...

Kita 'sebaya'lah...hehehehehe





Petang Sabtu lepas ckLah ke Stadium Indera Mulia.

qlah said...

selamat tahun aru dan selamat hari lahir .

moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki .

dilindungiNya :)

ummiross said...

happy birthday imanshah, samalah tarikh birthday kita,hehe..

Afida Anuar said...

Alololo.... xpe2. InsyaAllah bsok klu rajin saya buat kek, tapi tuk orang2 kat cni je la yang akan memakannya;)

Nur-nba said...

Selamat Hari Lahir.. Dan Selamat Tahun Baru..

aimie amalina said...

weee
selamat hari lahir tuan tanah :))

A'ishah Kamaludin said...

Hopefully masih tak terlambat nak wish Happy Birthday!

Moga makin sukses ya..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget