WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, September 16, 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT DAN BANTUAN AIDILFITRI

Segmen Teks Pengacaraa Majlis kembali lagi. Kali ini Imanshhah tampilkan teks pengacara Majlis Sumbangan Zakat dan Bantuan Aidilfitri. Semoga dapat menjadi panduan kepada para pengacara majlis di luar sana.

BIL
ATUCARA DAN SKRIP
CATATAN

1

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator Dato.Dr Awang Adek bin Hussin diiringi oleh dif-dif kehormat.



2

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

(selepas nyanyian)

Hadirin-dadirat dipersilakan duduk



3

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Agenda majlis diteruskan dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh pihak  Yayasan Tun Hamdan. Persembahan ini merupakan imbasan aktiviti Yayasan antara tahun 2009 hingga 2011.



4

BACAAN DOA

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar majlis mendapat rahmat. Untuk itu, dipersilakan Tuan Haji Yahya bin Daud untuk memimpin bacaan doa.


Terima kasih diucapkan kepada  Tuan Haji Yahya bin Daud atas bacaan doa sebentar tadi.



5

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Yang Berhormat Senator Dato' Dr Awang  Adik bin Hussin
Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Yayasan Tun Hamdan

Yang Berbahagia Dato  Pahlawan Zulkifli bin Abdullah
Ketua Polis Perak

Yang Berbahagia Dato’ Adinan bin Maning
Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar
Bank Simpanan Nasional

Yang Berusaha Puan Chong Phaik Kee
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak

Yang Berusaha Encik Said bin Manan
Pegawai Pelajaran Daerah Kinta utara

Yang berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim
Pengetua Cemerlang STAR

Bekas-bekas murid dari STAR, SMK Clifford, Kuala Kangsar dan SMK Iskandar Shah, Parit

Barisan pengetua-pengetua

Guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah Pembuka bicara

Al-hamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi 23 Ramadhan yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Penyampaian Zakat dan Sumbangan Aidilfitri kepada Pelajar-pelajar dan Anak-anak Yatim Daerah Kinta.. Bagi seluruh warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman , kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Senator Dato’ Dr Awang Adik bin Hussin, dif-dif kehormat serta para tetamu sekalian  ke majlis kita pada pagi ini. Sesungguhnya  kehadiran Yang Berhormat Dato’  serta hadirin sekalian amatlah bermakna ibarat sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk kerana pada suatu ketika YB Dato pernah menuntut di STAR, IPOH.  Untuk makluman semua  penganjuran majlis ini merupakan untuk kali kedua setelah pertama kalinya diadakan pada bulan Ramadhan  tahun lepas.



 7

UCAPAN PENGETUA

Warga dewan yang dihormati

Tirai ucapan pada pagi hari ini dimulakan dengan ucapan daripada tuan pengetua cemerlang STAR. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim  untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada   tuan pengetua atas ucapan sebentar tadi.



10

UCAPAN PENGERUSI YAYASAN TUN HAMDAN

Warga dewan yang budiman,

Agenda majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi Yayasan Tun Hamdan. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato' Dr Awang Adek bin Hussin untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan

Tanam laguni tumbuh kelapa
Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi uacapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Dr Awang Adek bin Hussin  atas ucapan sebentar tadi.



11

PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan kepada 60 orang pelajar yang terpilih dari 9 buah sekolah  dan empat Pertubuhan di bawah Jabatan kebajikan Masyarakat.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berhormat  Senator Dato Dr Awang Adek bin Hussien diiringi oleh Yang Berbahagia Dato Adinan bin Maning dan Tuan Pengetua untuk naik ke pentas bagi meyampaikan sumbangan.

Dipersilakan penerima dari Sekolah ……………

Majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih buat Yang Berhormat Senator Dato’ Dr Adek bin Hussin atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.



12

PENYERAHAN MOCK CHECK KEPADA DATO AWANG ADEK

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Mock Check daripada penaja sumbangan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dato’ Adinan bin Maning, Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional untuk menyampaikan mock chek kepada Yang Berhormat  Senator Dato Dr Awang Adek bin Hussien . Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Adinan bin Maning.



13


PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERHORMAT DATO' DR AWANG ADEK BIN HUSSIN

Tinggi bukit silang gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Dalam hati kenang-kenangan

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada buat Yang Berhormat Senator Dato Dr Awang Adek bin Hussin majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan  kepada Yang Berhormat Dato’.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat tuan pengetua  atas kesudian menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat Yang Berhormat  Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin.



14

PENUTUP

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Allah SAW telah berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 2dan 3 yang bermaksud

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.



15

SESI FOTOGRAFI

 Hadirin hadirat yang dikasihi..

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang Berhormat  Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin  serta dif-dif kehormat atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.

Majlis dengan ini menjemput tetamu kehormat dan para penerima sumbangan untuk ke hadapan dewan untuk sesi fotografi.

Untuk itu, sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Jiejah Gorjes said...

sesuai tuk org yg selalu jd emcee nih..cek tak leh harus terketaq2 kt pentas nt hehehehe

Zul Fattah said...

erk.. nak komen ape eh?
slamat r, n gud luck, boleh kot.. haha

Fatin Mraz said...

suka part pantun itu =}

sobri yaacob said...

panjang nya ucapan..
ni kalu x de skrip mcm ni..
mau tkial.. nak ckpatas pentas.. :)

Saiazuan said...

bleh jadi rujukkan ni klu next time aku kena buat event mcm ni :D

missgee said...

Owhhh!!!
Emcee sekolah rupanya..
Sure suara sedap :)

P/s: Sy tak bulih jadi emcee.. Mengigil kat atas tue.. Suara begetar2..Hurmmm

QasehWawa said...

terima kasih..mmg berguna..ayat pn p0wer2 dan simple..pantun menarik.. like byk kali.. utk skrip mggu depan.. =)

Cikgu Musi said...

alhamdulillah....ada pun..nak guna utk majlis yang sama...pantun2 ni sesuai tak kalau dibuat di dalam masjid?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget