WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 15, 2011

TEKS DOA SAMBUTAN HARI MERDEKA


TEKS DOA 
MAJLIS  SAMBUTAN KEMERDEKAAN 


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual. Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil daripada kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.

Sempena Sambutan Kemerdekaan tahun 2011 ini, kami pohonkan ihsan daripada-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat-menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.

Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.



Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget