WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 21, 2011

TUTTI FRUTTI YANG HORROR

Apa khabo semua? Ni teman nak khabo sikit le. Bukan apa, sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri. Malam tadi selepas berbuka,  teman dengan beberapa orang bekas anak murid Imanshah yang nun jauh turun dari Kole Lumpur nak berbuk dengan teman senggah le kat Tutti Frutti. Kome semua tahu ke idok, kedai ni. Ini le kedai yogurt yang baghu, kalau kat Ipoh ni baru 4, 5 bulan je beroperasi. Ni teman nak tunjuk gambo tutti frutti.


Inilah ghopenya. Segak kan?? haha bukan ape udoh lama teringin nak makan benda ni. Macam-macam kan makanan yang timbul sejak akhir-akhir ni . Tanpa pengalaman membeli sebelumnya, kami main redah je le. Amik le mana yang patut kan. Ingat murah je, maklumlah takde pulak diletakkan tanda harga kat sini. 

Opocot!! bile nak bayor, mak aii, ni kat Jerman ke hapa. Sekali harganya Rm 22 hengget hanya lah sekadar sebekas Tutti Frutti. Mak ai, dia timbang le..Nak buat macam mana ye kan. Idok le buleh teman letak balik. Kenalah bayor, yang lain regenya 15, 17  dan 27 hinggit. makan empat orang, jumlahnya RM 81 hinggit. 

Menyesal lah jugak kan. Dah buleh buat makan seminggu tu. Apapun pengalaman yang agak "horror". hehe, maleh le nak ulas pasal rasanya kan. Udah makan pun. Apapun, tak tahu le bila lah mampu masuk lagi kat Tutti Frutti ni. Hehe, kepada pengurusan Tutti Frutti, tolong le letak harga besor-besor supaya kami yang kurang berkemampuan ni idok le terover ala-ala orang kaya kan. Hehe. Jumpa lagi...




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

41 GENTA RASA:

NMH said...

hehe..tak penah lah pulak makan..kat sini tak jumpa lagi..haishh selalu lambat dengan arus perdana

SoLy SoLicious said...

hehehe..mmg pun..sebb tu, kalo sy beli, satu bekas, amik2 bnyk2 trus kongsi je ramai2...heeee

IMANSHAH said...

@NMH

sekejap je tu

KechikumA said...

tergoda kejap...
;p

cheqna said...

rasa ge di ganu tak dok lagi mende alah ni..ke cheqna hok ketinggalan zaman ni??/

Azham Vosovic said...

tak pnh makan kt sana tp tau lah harganya mmg mahal hahahah

IMANSHAH said...

@KechikumA

eh bulan pose

IMANSHAH said...

@cheqna

baru ni, dok lame lagi berkembng le tu

Afida Anuar said...

kat Cyberjy ni pun ada bukak satu cawangan. Idok ler teman teringin nak makan pasai geng2 bagitau harga dia serupa bedil...

ps: org trg kata, kalau mahal tu mcm bedil... kekekeke

sayangsayangibu said...

mencubakan? kalau tidak tak tahu pulak rasa dan harga
tp akak tak pernah lagi pergi mencuba

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

kalo teman idak ler mampu
dedor teman seminggu...he he

Wassalam

Adinda Amy Sensei said...

hai awk!!

tak penah lagi makan tutti frutti ni....hukkkkk memang mahal kan...tapi sedap ke idok??

MerLe said...

haha..x penah lg try..tape la..pengalaman...kurang2nya klu org tnya penah mkn ke tak, boleh jwb dah mkn..hehe

cikgu isza said...

mak aihh..
akak pun baru tahu kewujudannya..
tu sebab akak selalu belek harga dulu sebelum beli..
perbezaan orang lelaki dan orang perempuan kan3?
:)
Golden Churn punya pasal - Ehhh.. nak kena samak ke? | Semekar Kasih

remot213 said...

best sangat ke arse benda tue ? bukan ke rasa aiskrim sume same je ? HOHO :O

missgee said...

Tutti Frutti memang mahal..
Mahal pada nama..
Rasa memang sedap tapi harga tue
buat kita kurang selera nak masuk
kali ke-2...

insan_marhaen said...

mahal harga pengalaman nih. ingat sampai mati agaknya..

luahfikiran said...

SALAM,
BENDA TF NI MEMANG MAHAL. KENA TIMBANG BILA NAK BAYAR ! LF SETAHUN SEKALI PERGI KAT SANA !

aiman fanboy k-pop said...

astagha..thank inform..haahaa...aiman rasa mahalnya terletak pada kecomelan dia je..hahak..kalo kenyang tak apa...nih?hakdooiii!

Kalamhati said...

huhu memang taktau ek keno timbang?make sini meme kering poket kalu tak beringat..
takpo la..pengalaman..huhu

- abdul hadi abdul muti - said...

Haha. Kena study harga dia dulu before nak pergi mana-mana tempat. kalau tak cukup duit, buat malu je. Haha

alif haris said...

memang horror betul tutti frutti ni cikgu ..
harga die menggilo ! haha

Azmer Lias said...

lum pnh mkn lgi..tpi member kata mmg mahal pn..huhu..tpi nk try gak r nti..hehe

bella luna said...

ish,agaknye mmg takkan mkn la ice cream nie seumur hidup,.cam tak berbaloi je harga cengggitu hanya untuk sebekas ice cream,.

Zul Fattah said...

wooou... bestnya.. tapi, aku tak pernah makan lagi la.. haha..darat betul..

Qamaruls said...

bile aku tau tu perusahaan org melayu. mmg tak laa aku singgah.

niaga nak cekik darah.
kalah baskin robin amareykaaaa tu.

sonata anak kancil said...

idak le kawe make kalau mahal bebeno,
agak2lah harge nya kan! boleh beli 2 /3 kotak icecream yg mungkin lagi sedap?

adrenalina said...

hahaha...mahal giler harga nya...rasanya mesti sedap kan? xperlah at least leh bagi tau kat orang lain yg tak tahu kan...

NzA said...

mahainyo...dok mampu nk makan nih....

MR.Z said...

memang mahal pun..rasa macam tak berbaloi je beli..

IMANSHAH said...

@cikgu isza

betoi2, saya setuju seratus perastus tanpa bangkangan

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

sama lah, kami pun ghope itu jugak, MAHAL MACAM BEDIL

Freaky said...

mahal gila rm 22.. beli murtabak banyak lagi sedap. hahaha

Saiazuan said...

sodap klu buat brbuka ni

IMANSHAH said...

@Saiazuan

sodap tu memang sodap, regenya pun sodap

ckLah said...

Mehe tu...
Teman jamah ais pong aje le...


:D

a kl citizen said...

mahalnya dik iman....

tak jadilah nak menyinggah outlet di kl ni

Hana Soffelia said...

Hahaha memang mahal benda alah tu. Hana dgr cite blogger lain pun memang tak teragak harganya tp dia org ckp sedap. Sedap ke? berbaloi x dgn harga? hehe

Hana xcuba lg tp suatu hari nanti nk jugaklah cuba, xdelah jakun sgt bla org bercerita pasal tutti fruit tu. hehe

Latika.Dot.Dot. said...

mahal2 pon, dia ada 2 cawangan dah kat ipoh ni.

lagi satu kat de garden depan jusco tuh.

yang kat de garden tu tahun lepas dah bukak.

apapon, tuti fruti sedappppp! walaupun, mahal

Dinas Aldi said...

Mahai berapi tapi sodap :)

saya_arief said...

mahal jugak tu..
tapi sodappp.
:D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget