WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 5, 2011

ALLY ISKANDAR, AISHAH SAH PUTUS TUNANG



Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang !!

Di sidang media Mentor Raya 2011 malam tadi, personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu. Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.


Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.

“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu. SUMBER : BUDIEY.COM





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Tak apalah putus sebelum menikah. Memang tujuan bertunang adlah utk saling mengerti sebelum menikah... Kesian Ally... carilah yg lain.

NzA said...

musim celebriti putus tunang!!!!! dh xde jodoh...

::FAIZ FARISH:: said...

takde jodoh

^^nu[dd]yra^^ said...

pas sorg, sorg celebriti putus tunang...ok lagi la tuh....daripada bercerai berai....hmmm~

Mutiara Bernilai said...

hm..
tiada jodoh,
bertunang memang tempoh untuk kita kenal mengenal

Hana Soffelia said...

Macam2 dugaan waktu bertunang ni.. Tapi dr elok putus time tunang drp bercerai lpas nikah. tmbh2 yg ada anak, lg kesian..

p/s : mau jmput cikgu dtg majlis khwn kt tumpat nanti.

Azmer Lias said...

dah xde jodoh..
tpi bilalah dia nk tamatkn zaman bujang dia tu..kesian gak selalu tengok dia bertugas time hari raya kt MHI..kalo kawin tahun ni, msti dpt cuti..hahaha.. *pandai2 lak buat teori sndiri..hahaha

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Rezeki dan jodoh ditangan Tuhan. Manusia hanya merancang.

Selamat berpuasa.

TQ

sarah-najwan said...

sudah tiada jodoh antara mereka..ada hikmahnya..

Cik SHiNJU said...

Dah xde jodoh nak wat cemane...

wahida said...

samapi situ sahaja jodoh mereka...

Amy Syaquena said...

kenapa dah macam trend je nie , erhh pape pun kena terima dah mungkin bukan jodoh mereka..

cucu umie said...

semoga mereka jumpa jodoh yg terbaik bt mereka...

cucu umie said...

semoga mereka jumpa jodoh yg terbaik bt mereka...

gadisBunga said...

kalau dah bukan jodoh...

ibuintan said...

tiada jodoh maka adalah halangannya, lebih elok putus sekarang dari bermasalah selepas kahwin nanti


Iman bila lak nak cari jodohnya?

chenta said...

yg terbaik tu dtg dr ALLAH..i'allah patah tumbuh hilang berganti... wish u all d best Ally

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget