Selamat pagi. Kita kembali ke segmen Teks Pengacara majlis. Kali ini Imanshah nak kongsikan teks pengacara Majlis perkahwinan yang pernah diacarakan oleh Imanshah untuk dijadikan panduan buat semua pengacara majlis. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat.
| 1 | KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Nor Zafina bt Mohd Zamin dan Mohd Suffian b Zamali Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan | 8.30 p.m |
| 2 | MEMPELAI BERADA DI PENTAS Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara | |
| 3 | BACAAN DOA DAN SELAWAT Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ……………………………………………………………….. Terima kasih diucapkan. | |
| 4 | UPACARA MERENJIS Dengan Bismillah kami mulai, Tepung tawar si tepung jati, Dengan takdir Iiiahi Rabbi, Minta berkat dua sejoli.. (tepung tawar) | Senarai daripada kelauraga pengantin |
| 5 | MAKAN BERADAB Majlis diteruskan dengan acara makan beradab Untuk itu dipersilakan pasangan pengantin kita untuk bergerak ke meja utama untuk upacara makan beradab. Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan | |
| 6 | JAMUAN MAKAN MALAM DIMULAKAN Saya kira para tetamu juga sudah tidak sabar menikmati hidangan di depan mata. Untuk itu hadirin sekalian, silalah menjamu selera, usah malu, usah segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua | |
| 7 | NYANYIAN Hadirin sekalian, sebagai halwa telinga serta memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, saya nak mempersilakan seseorang. Pada malam ini kita akan dihiburkan dengan beberapa buah lagu pengantin dan lagu-lagu cinta dari ........................................ khusus untuk pasangan mempelai. Sama-sama kita saksikan. | MC berbual2 dengan penyanyi dan menjemput penyanyi menyanyi |
| 8 | UCAPAN Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Tuan Haji Mohd Zamin bin kamaruzzaman, ayahanda pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T. Janganlah risau jangan gundah, Ambik senang ambik mudah Pesan tok imam dalam khutbah nikah, Sentiasa waras dalam susah Jgn seperti retak menunggu belah Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah Didengar org jadi fitnah Byk sabar byk tabah InsyaAllah rukun damai serumah-rumah. | |
| 8 | PERTUNJUKAN SENI SILAT Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seni silat oleh ……………………………………………… | |
| 9 | PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL Bersarang merbah di Kuala Langat Manis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangat Tarian tradisional kami persembahkan | |
| 10 | PERSEMBAHAN CD Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.. | |
| 11 | UPACARA MEMOTONG KEK Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek... | |
| 12 | BERSURAI Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T | |








20 GENTA RASA:
SALAM,
AMAT BAIK N3 INI. BOLEH DIJADIKAN PANDUAN DAN MEMBANTU PIHAK2 YG BERKAITAN. TKASIH ATAS PERKONGSIAN
boleh digunakan untuk majlis Iman nanti heheh
Bila kakak mambaca N3 nyata cikgu memang setanding dgn Fedtri Yahya kawan sepembelajaran cikgu dulu. Kalau cikgu kerja di TV dah lama meletopz....hahaha....
jadi mc majlis saya weekend ni amacam???? hehe
wah bagusnya .. kene simpan ni .. di masa hadapan boleh guna .. heheh
ni mesti suara dalam2 n sedap2 ni .. cuba nyanyi sikit ..
wa lau weh..cayalah..kreatifnya..boleh booking jd MC nanti nih..hehe
alamak cikgu muda lagi lah..
jgn gelarkan diri pakcik hahaha ;D
yeah2 cikgu jdi MC lgi
Salam Hok Sengoti,
Salam singgah dan ziarah ore kito tow......... Terima kasih perkongsian teks tersebut, nice!!!!
Tak pernah jadi MC lagi.. biasa kena panggil tolong bacakan doa je..
1st time jadi MC mesti gelabah yang amat kan.. ;D
boleh jadikan panduan masa kawin kelak ni hehe ^^
salam, cikgu, juz copied teks nih untuk ISL (independent self learning) BMK sy. thanx a lot! moga allah merahmati cikgu sekeluarga.. peace yawww!
terima kasih atas perkongsian yg berguna ini. halalkan bagi sya menggunakannya untuk majlis persandingan yang saya dilantik sebagai juruacara ni. tq very much.Wassalam
@ina
dipersilakan
i copy your idea to here http://docs.vicvic.org/misc/mc/kahwin with some modification for my reference on this coming wedding event 20/11/11. Hope you allowed me to use it and it was wonderful idea thou. Thanks for sharing Shah. I will look forward on your reply ASAP.
@vicvic
ok..tq
mohon nak gunakan untuk suami saya yang dilantik menjadi MC untuk wedding anak bos die...thanks.
www.hatimamaz.blogspot.com
Assalamualaikum!
Kepada mereka yang sedang mencari khidmat Pengacara majlis perkahwinan, kami di Qiyasari boleh menyelesaikan masalah anda. Kami menyediakan perkhidmatan Pengacaraan Majlis, Menulis Skrip Pengacaraan, Khidmat-Nasihat Pengurusan Majlis, dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk terus post di page Facebook Qiyasari ini atau emelkan terus kepada azreeariffin@gmail.com.
http://www.facebook.com/pages/QiyaSari-Wedding-Emcee/201179599963747
TERIMA KASIH ..sangat menarik .. :)
Salam.
Saya mohon share. Terima kasih atas kesudian publish di sini dan sudi berkongsi buat semua yang bakal & ingin mengacarakan sesebuah majlis perkahwinan yg diredhai Allah.
Thanks
Post a Comment