WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 18, 2011

SEGMEN KUIH-KUIH MANIS, KAU MAMPU?

As salam semua dan selamat bertengah hari dan berhujung minggu. Sedang memasakkah ibu-ibu dan kakak-kakak. Wah samalah kita, Mari kita bersama Chef Imanshah dalam segmen "Kuih-kuih manis, kau mampu??" Hehe, bagi yang tengah memasak tu, teruskan memasak ye puan-puan. Chef Imanshah baru sahaja selesai memasak SEPULUH, ulang suara SEPULUH bukan SATU atau DUA jenis kuih-muih tradisional kelantan ok. Sila jangan percaya kerana semuanya DUSTA semata. Sebenarnya Imanshah nak kongsikan jenis-jenis kuih yang Imanshah suka semenjak dulu. Kira kalau balik kampung kalau tak pekena sekurang-kurangnya dua tiga jenis memang tak sahlah. Sebenarnya banyak lagi kuih-kuih tradisional Kelantan yang manis-manis dan lemak berkrim yang ada, namun Imanshah nak tunjukkan SEPULUH jenis sahaja, kerana apa? Kerana kuih-kuih ini merupakan kuih-muih kegemaran Imanshah.


Ni namanya Tepung Boko Beras. Diperbuat dari tepung beras. Kuih ini dimakan bersama  kuah putih yang diperbuat dari santan, tapi dipekatkan. Sesuai bagi yang suka menambahkan kolestrol.


Kuih AKOK, bukan AKAK-AKAK tau. Sedap ni, sangat popular  pada bulan  Ramadhan, dibakar atas bara yang menyala. Bakar guna OVEN pun boleh tapi tak asli, bakar di atas bara tak menyala memang tak masak-masak lah jawabnya. 


Ni namanya Cek Mek Molek. Nampak molek kan. Dalam nya ada gula tau. Manis sangat, bahan kuihnya dibuat menggunakan ubi stela , nama melayunya UBI KELEDEK.


Tepung Boko Ubi Kayu, adik beradik Tepung Boko Beras. 


Ni namanya tepung gomak. Nama buruk, rupanya pun buruk, tapi rasanya sedap. Arwah ayah suka makan ni, kalau Imanshah makan ni ingat arwah ayah. Kuih ni kalau tak silap teman, juga diperbuat dari tepung beras. Bukan gandum ye Mak Jemah.


Namanya pula yang ni BELEBAB. Kan nampak DEBAB tu. Sedap ni, kalau pergi Kelantan jangan lupa cari kuih BELEBAB diperbuat dari ubi keledek juga.


Sekali pandang macam lepat. Memang betul, yang ni LEPAT PISANG. Suka bedo'oh kawe kuih ni. Kami buat ni dengan pulut, lepas tu masuk pisang di tengah-tengah. Nyam-nyam, habis jari melekat dengan pulut. 



Nampak bercahaya tu?? Nampak tak?? Sebab tu namanya TEPUNG PELITA. Kalau kat belah perak namnya LIMAS kot. Yang bezanya Tepung Pelita lebih berlemak dan manis. Sesuai lagi bagi yang suka menambahkan penyakit KENCING MANIS.


Sira Pisang, kalau makan waktu berbuka puasa memang sedap. Seakan-akan pengat pisang, membezakannya, ianya tak berlemak (santan) sebaliknya dibubuh air gula. Huhu. Manis lagi kan!


Lompat bukan lompat katak MAK JEMAH. Tapi Lompat Tikam. Dah lompat tikan jelah dengan garfu, lepas tu masuk mulut. Warna warni kan?? Ada pulut, ada tepung, ada kuah, ada gula melaka. memang meletup lah. Jangan tak cuba ye kalau sampai Kelantan. LOMPAT GARFU, LEPAS TU TIKAM. Hehehe.

Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan kuih muih tradisional Kelantan ni. Kita bertemu lagi dalam segemen "Kuih-kuih manis, kau mampu??"




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

Amy Syaquena said...

Tepung bobo tue amy x pernah makan la tapi hok lain semua dah rasa...

waN Mohd Salim said...

alamak ... lapar la pulop .. hadoiiiiii mak x de nak masak ni

IMANSHAH said...

@Amy Syaquena

tepung boko lah amy

IMANSHAH said...

@waN Mohd Salim

cik we g la beli atas pasar mache tu..banyok

ckLah said...

Senarai juadah yang perlu orang macam ckLah jauhi....aduhai...


boleh pandang-pandang...
jangan pegang-pegang...
duduk renggang-rengggang....

Huhuhu....

IMANSHAH said...

@ckLah

jangan lah begitu, sesekali, merasa lah..sedap, manis..semanis org kelantan ni..hehe

ckLah said...

Tak mampu jugak kawe...

ckLah said...

Takut jarum insulin tak lut...hehe

NaeBlog said...

Mmmm... semua manis2 ni... yang pernah makan kuih Akok, Lepat pisang n tepung pelita... Sira pisang pernah rasa sekali...

iKhRam said...

sedapnyer.. memang kene rasa nie.. nak jadi orang kelate sekejap.. boleh??

IMANSHAH said...

@ckLah

hok oloh, kesie nyo..takpo, jaga kesehate molek lah kak wei

IMANSHAH said...

@iKhRam

buleh2 takdop masaalah kalu nak jadi org kelate

nyanyisunyi said...

kak ida suka tepung boko beras, tepung pelita dan tepung gomak...ketiga2 kueh ni tk terlalu manis mcm cek mek molek..

p/s.silap tu iman...tepung gomak bukan dibuat dr tepung beras..kena guna tepung pulut...kalau guna tepung beras kuehnya tak jadi kenyal da liat2 mcm tepung gomak...hehehe...

IMANSHAH said...

@nyanyisunyi

oh ye ke?? malunya, tulah kalau buta masak ni..thanks kak ida

yatie Awang said...

orang teganu dok panggil BOKO, kita panggil BEKE UBI

IMANSHAH said...

@yatie Awang

owh jole ke?? tq ats penerangang

zarazueyin said...

walaupon kawe oghe klate tapi kawe tok behi kuih manih2 ni...hehe

NzA said...

hu.hu.hu...menambahkan kerinduan kt kelate..kalau kelik kelate mesti beli mcm2 kuih utk prkenalkan pd anak2..maklumlah budak2 tu dh brcampur aduk dgn versi jawa...he...

IMANSHAH said...

@zarazueyin

owh ore kelate ko?? huhu dok tahu pung

nyanyisunyi said...

Imanshah
tkpe...nanti bila dah ada suri rumah minta dia ajarkan jenis2 kueh mueh ni..heheheh

IMANSHAH said...

@NzA

betul tu kak, kena perkenalkan asar galur nenenk moyang depa, takut hilang di telan waktu

Roza Ami Nanomiya said...

semua tu kalau bg aku takkan tolak punya... terliur

cucu umie said...

apcal ayie thu 3jenis jer dripada yg semua itu..haha aduyai, bnyk yer yg ayie tak thu lol

Afida Anuar said...

Cek mek molek..lepat pisang...sira pisang... peberet saya tu shah;)..

cikgu isza said...

iman tau tak.. kalau nak cari kuih2 yang begini masa bulan puasa.. pergilah KK. Macam2 ada..

adrenalina said...

i like...semo i like hahahaha...

nur atiqah said...

Tak payahla nak mention sakit kencing manis tu besar2 hurufnya. Kalau nak sakit sakit jua.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget