Usai menanda kertas soalan, para guru sibuk pula memasukkan markah ke dalam komputer. Bagi guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh ada dua aplikasi talian yang mesti diisi. Pertama bagi SBP iaitu ISIS, dan kedua untuk Jabatan Pelajaran Negeri iaitu SAPS. Juling mata nak masukkan satu-satu markah, kemudian memerlukan komen pula dari guru mata pelajaran.
Sebenarnya penggunaan aplikasi dalam talian ini sememngnya banyak menjimatkan. Kalau dulu para guru mesti menulis markah dan komen dalam buku rekod pelajar. Namun kini semuanya berada di hujung jari, maklumat diisi dalam talian sahaja. Para ibu bapa boleh terus mengakses markah anak-anak mereka dari rumah. Selain menjimatkan masa, iainya juga dapat menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat.
Namun, kadang-kadang penggunaan aplikasi dalam talian ini turut bermasalah. Jika menggunakan ISIS, masalah yang timbul aplikasi ini hanya boleh dibuat di sekolah sahaja, manakala untuk SAPS, walaupun boleh di buat di rumah, namun memerlukan talian internet. Jika tiada internet, maka terbantutlah tugasan yang ingin diselesaikan. Begitu juga jika melibatkan ramai pengguna, selalunya aplikasi ini akan mengalami masalah. Terpaksalah banyn jam 2.00 pagi ketika semua orang sedang tidur.
Masih ingat lagi kalian akan Buku Rekod Kemajuan Murid? Sepanjang persekolah Imanshah, sememangnya buku ini sering menghantui. Apa taknya, ayah akan marah jika gagal untuk mendapatkan A. Imanshah masih ingat, Imanshah pernah memperoleh D dalam Bahasa Inggeris. Ayah menggunakan kuasa vetonya untuk merotan Imanshah. Katanya Imanshah malas. Hurm, seperkara lagi, bila buku brekod ada tulisan merah, maksudnya gagal lah kita. Perkara inilah yang paling menakutkan. Kalau boleh, nak tiru sahaja tandatangan ayah.
Tapi sayang, buku rekod yang Imanshah simpan entah kemana pergi. Sayang sungguh kerana inilah antara kenangan yang paling indah waktu persekolahan.









11 GENTA RASA:
ayie sekolah rendah pkylah buu rekod tu tpy bila sekolah men semuanya menggunakan fail shje..huhu xad buku rekod dh..tpy fail tu ad lg.. kalo tgok balik fail tu grenty gelak2..haha
p/s; wah ad header baru tu..huhu
kalau iman punya dah tak ada, akak punya dah di makan ulat dah kut...
rasanya ayu ada simpan lagi..
nak carilah........
Alhamdulillah..sekolah rendah markah semua cantik2.. selalu tak sabar nak bawa balik buku rekod tunjuk kat mak ayah..he he...
wahh canggih dah sekolah skrang eh? macam kat U pulak, boleh cek result online je.... mantappp!
Kennagan dulu pasti sukar di lupakan..
Katak boleh rawat Kanser
ada lagi... yang sekolah menengah punya lah... memang rasa lawak sgt bila tengok report card tu... ingat lagi macam mana duduk menikus kat depan cikgu masa ayah datang ambil report card... ;-)
sebab sekolah asrama, memang tak guna report card..slip exam dipos ke rumah..
@cucu umie
urm teringin tuka, Ayie pun selalu tuka
@what i've learn today
alahai kesiannya
guna sistem nampak menyenangkan tp banyak menyusahkan
patut semua kemudahan dah ada br aplikasi lah...
setuju dgn roza...mmg byk menyusahkan...kami di melaka, semua sek rendah dan sek men kena masukkan mkh secara online....bila ramai pengguna pada satu2 masa......mmg kene tggu la hingga 2-3 pg
Post a Comment