Video di atas ini memaparkan berita dan visual Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi pada Sabtu (18/6). Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.
RUYATI SATUBI
JAKARTA - Kerajaan Arab Saudi memohon maaf berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang pekerja wanita Indonesia yang dipancung di Makkah, minggu lalu. Media Indonesia melaporkan, Duta Arab Saudi di Jakarta, Mohammad Amin Al Khayyat memohon maaf bagi pihak negaranya kerana tidak memaklumkan mengenai waktu perlaksanaan hukuman itu kepada Jakarta semasa mengadakan pertemuan de-ngan Kementerian Luar Indonesia, kelmarin. Indonesia, minggu lalu membantah hukuman itu dan meminta pekerja negara itu diberi pelindungan lebih baik di Arab Saudi. Selain itu, kerajaan Indonesia juga meminta Arab Saudi memulangkan mayat wanita itu ke negara asalnya untuk pengebumian. Kelmarin, Parlimen Indonesia menggesa kerajaan berhenti menghantar pekerja ke Timur Tengah terutama Arab Saudi selepas pembantu rumah Indonesia, Ruyati Sapubi, 54, dipancung kerana membunuh majikannya menggunakan pisau pemotong daging selepas tidak dibenarkan pulang ke Indonesia. Kebanyakan Ahli Parlimen menegaskan Arab Saudi tidak patut mendapat faedah buruh murah Indonesia sehingga Riyadh bersetuju melindungi hak asasi pekerja tersebut.










15 GENTA RASA:
sunnatullah o_O
i thought bunuh hukumannya bunuh in islam?
Hish seramnya....slamber je tgk si pemancung tu lalukan kerja...
ya Allah...macam tu dia jalankan hukuman, subhanallah...video tu , boleh di paparkan pulak
Assalamualaikum Imanshah
Subhanallah
moga Allahyarhamah diampun oleh Allah
Wassalam
fuyooo. dashyat la...
mahu ke universal studio,
jom la.. heheh
tak sanggup nak play video tu. baca description pun dah boleh ngilu sluruh tubuh :'(
innalillah..
tak sanggup nak tgk
ni jadi isu dah antara indon dan mesir
tp tu lah. pekerja2 indon ni kat mana2 selalu buat masalah
Kebetulan harini line sgt slow..jd akak tk boleh tenguk video tersebut...mudah2an hukuman tersebut jadi pengajaran pada org lain.
mujur tak boleh tengok!
macam ala ala CSI ke?!
Kesian Dia..
Pertama diMalaysia dan paling meletop sekarang..
Jangan buang masa daftar dan terus buat duit..,
Terdapat dua pakej disini iaitu pakej percuma dan pakej berbayar.,
Pendapatan berbeza mengikut pakej..,
Mari kita buat duit raya beramai-ramai..,
Ansa dibayar RM1 setiap klik yang terhasil dari link anda
Bayangkan jika 100 klik sehari 100xrm1=rm100 sehari,
Jika RM100X30hari=? Anda kira sendiri
Daftar segera
http://www.emailduit.com/?a=2189
IKHLAS.,
SUHAIMI MARZUKI
Duit Internat.,
http://goo.gl/tce9n
Kalau benarlah dia salah di dunia, moga dia terlepas siksa Allah di akhirat kelak...insyaAllah...
ya allah.. seramnya
sgt2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia.. aman dan diberi berbagai peluang untuk memajukan diri sendiri.. tidak perlu merantau untk mencari rezeki
tp tak semua dari kita yang bersyukur
alfatihah
Post a Comment