WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 15, 2011

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN

Untuk kali ke dua, Imanshah memasukkan teks pengacara majlis bagi majlis rasmi di sekolah Imanshah. Kalau dahulu berkaitan dengan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG, kali ini Imanshah kongsikan pula majlis Persaraan seorang rakan pendidik.  Imanshah izinkan kepada sesiapa untuk copy teks ini. Bersamalah kita kongsi ilmu Allah ini. 
***********************
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN 
ENCIK MOHD ZAINUDIN BIN SALIM
OLEH : CG IMANSHAH

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim,  diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah  Ilmu Panduan Hidup, diiringi oleh Orkestra Muda Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Kamil bin Hamza. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Alfadhil Ustaz Ahmad Kamil atas bacaan doa sebentar tadi.


Yang Berusaha Tuan haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul rahman

Yang Diraikan
Encik Mohd Zainudin bin Salim

Yang berusaha Dato' Dawa bin Abdullah,
Wakil PErsatuan Bekas Penuntut STAR (STAROBA)

Yang berusaha Penolong-penolong kanan, 

Guru-guru kanan, guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.
  
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi meraikan majlis persaraan seorang warga pendidik  di alama mater yang tercinta ini. Untuk makluman semua, Encik Mohd zainudin bin Salim telah berkhidmat selama 19  tahun di sekolah ini. Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu untuk membalas segala keringat dan jasa yang diberikan oleh beliau terhadap sekolah ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Bagi membuka tirai ucapan pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Tuan haji Abdul hashim bin Abdul Karim, pengetua Cemerlang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Tuan Pengetua Cemerlang atas ucapan yang dititipkan sebentar tadi.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena majlis persaraan ini yang telah disediakan oleh pasukan Briged Bestari STAR.


Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Mohd Zainudin bin Salim atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada pelajar tingkatan lima. Persembahan pertama merupakan deklamasi sajak berjudul "farewell teacher" oleh Isma Aiman bin Ismayatim diikuti persembahan kedua nayanyian lagi Kau Ilhamku oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka ORKES BINTANG.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim untuk naik ke pentas.

(MC membacakan senarai pemberi hadiah)


Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Encik Mohd Zainudin bin Salim atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Duhai tuan, , sebaik  sahaja dikau  beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati kami. Selamat menerusan kehidupan. Mungkin budi mu yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang dikau sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terima kasih  dari sudut hati yang terdalam .

Dan terakhirnya marilah sama-sama kita menyanyikan nasyid DOA PERPISAHAN buat terakhir kalinya. 

Sekian, terima kasih!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

Tahniah - syabas dilantik sebagai MC - ini mesti kerja tetap sampai pencen ! Bukan senang nak jadi MC - nak susunatur ayat dan siap dengan pantun2nya sekali....( saya dah perturunkan ilmu ini kepada cikgu2 lain...sekarang selalu buat teks ucapan / semak teks ucapan ! )

SELAMAT HARI GURU - YOU'RE GREAT !

NzA said...

xrugi jika kita sentiasa brkongsi ilmu krn ganjaran yg lebih besar di sana kelak....

adrenalina said...

menarik!!! nanti leh lah pinjam =)

suriabayu said...

Assalamulaikum bg....
Tq coz teks pengacaraan abg tu telah menyelamatkan sy. dah lah jadi mc bidan terjun... huuuuuhhhh..... tq bebanyak, tapi ade dalam teks tu sy ubah sikit tak pe ek utk kesesuaian majlis kami

zila said...

terima kasih daun keladi :)

Mohd Soffiyuddin said...

tq atas perkongsian..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget