WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, April 21, 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (AKADEMIK)

Imanshah nak berkongsi teks pengacaraan beberapa majlis yang pernah diacarakan oleh Imanshah. Sebagai permulaan Imanshah nak kongsikan teks pengacaraan Hari Anugerah Cemerlang 2011 yang mana Imanshah akan menjadi MC pada 23 April 2011. Kepada rakan-rakan dan pengunjung, Imanshah izinkan untuk teks ini menjadi rujukan dan panduan kepada majlis apapun. TQ.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat.

Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.


Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah
Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad
Presiden Staroba

Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid,
Yang Dipertua PIBG, STAR

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang STAR

Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. 

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah,  Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana  sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain  untuk meminpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain   atas bacaan doa sebentar tadi.

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia



Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia.


Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid.


Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat,  “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan   Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan  untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.

Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru  yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
  
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi.

Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan


Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking  dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan –persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim  untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

azrinrahim said...

wah, cikgu iman mengajar dekat STAR ker? herm, antara yang terbaik kot sekolah tu..untungnya dpt kenal cikgu2 skng nie..boleh timba penglaman..hehe

Afida Anuar said...

huhyoooo....phewwit shah... pantun2 tu reka sndiri eh...mantap!!

eelobor said...

mantap jer ayat pembuka bicara & penutup

Cik SHiNJU said...

Indahnya tutur bicara bila disulami dgn pantun...

nur aisya humaira said...

kaya dgn pantun laa cikgu iman ni...
ade gaya macam fitri yahya je...:)

Kakzakie said...

Cantik susunannya cikgu. Guru sek. asrama penuh tak boleh calang-calang nanti anak murid pulak komplen, syabas cikgu.... memang indah dan cantik....

nurkass said...

wahhhh..
leh jadi panduan pada sesiapa yg nak jd pengacara majlis ni..

gadisBunga said...

teks ucapan yang hebat. berapa jam karang ni?

hazlin said...

saya jarang jd pengacara majlis sebab suara tiada aura.. hahaha

::FAIZ FARISH:: said...

tak pernah lagi jd pengacara majlis.. sedih

Oasis said...

Dah lama tak mengacarakan majlis. Rindu lah...Nanti saya nak pinjam pantun ni, blh tak cikgu?

makdara TERdiva said...

paling nebes kalau suruh berucap! boleh parkinson atas pentas tu jadinya..haihhhh!

norfaridahanum said...

saya dgn ini mahu mengambil teks ini sebagai rujukan.terima kasih =)

ikan emas said...

omak aiii..

banyaknya pantun..sikit-sikit cukup laa.

NattShaarie said...

alhamdulillah, ada sedikit rujukan berguna untuk teks ucapan mc di hari konvokesyen poli..syukran..trimas saudara~~

Akhelaken said...

Salam,terima kasih krn pada saat akhir ni..jumpe jugak cth teks MC terbaek di abad ini.. Cikgu, minta copy ya utk rujukan :) TQ

IMANSHAH said...

@Akhelaken

sama2..

Alang Ridhwan said...

salam cikgu, juz copied teks nih untuk ISL (independent self learning) BMK 2. thanx a lot!

syuhada said...

salam
minta copy untuk rujukan..tima kasihh yer cikgu..

zaujahafis said...

halalkan ilmu anda kpd sy..sy rujuk sini

IMANSHAH said...

@syuhada

sila2

IMANSHAH said...

@zaujahafis

saya izinkan

IMANSHAH said...

@Alang Ridhwan

saya izinkan

Khairunnisa' Wan Ibrahim said...

as salam

saya mohon izin cikgu untuk ambil beberapa bahagian dalam teks emcee cikgu untuk majlis anugerah kecemerlangan di sekolah sy.

semoga ALLAH memberkati cikgu dan kita semua. insyaALLAH. :-)

tcer izan said...

Slm, cg. sya mohon izin utk copy ye. Utk HAC mggu dpn, tq..

iwannabeumie said...

as salam cikgu..mohon izin utk copy teks cikgu.tq

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget