WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, April 26, 2011

PANDUAN MENGISI E-FILING. IMANSHAH DAH ISI, ANDA BILA LAGI?

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam semua. Baru sekejap Imanshah baru siap mengisi e-filing untuk taksiran cukai tahun 2010. Ada lima hari sahaja lagi untuk mengisi borang e-filing ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana kemudahan yang disediakan. Sudah dua tahun Imanshah menggunakan e-filing ini. Sungguh cepat, cekap dan efisyen. Masalah kesibukan dalam talian?? Oh tidak, bagi yang mengisi e-filing pada saat-saat akhir memanglah akan mengalami masalah ini. Rasanya sudah lama talian ini dibuka. Orang-orang macam Imanshah nilah yang menimbulkan masalah, sering melakukannya di saat-saat akhir. 

Untuk panduan semua, antara langkah untuk mengisi e-filing ialah :

1) Masuk ke laman web rasmi LHDM http://www.hasil.gov.my dan klik e-hasil.

2) Klik Login Kali Pertama (bagi pertama kali mendaftar). Masukkan nombor pin dan nombor kad pengenalan untuk pendaftaran sijil digital.

3) Bagi yang telah memiliki no pendaftaran (bukan kali pertama) terus login ke e-borang. Pilih borang yang dikehendaki dengan klik Login.

4)Isi borang dengan lengkap dan klik tanda tangan dan hantar. Pengesahan Penerimaan akan dipaparkan. Sila cetak ataupun simpan pengesahan tersebut.

Awas, jika tidak memberi laporan yang tepat, PENALTI akan dikenakan. Jadi, jangan bertangguh-tangguh lagi. Jalankan tanggungjawab kita kepada negara!


Nampak tu, slip Imanshah? Ada cukai terlebih bayar lagi. Alhamdulillah rezeki kan. Abaikan jumlah pendapatan yang ciput itu. Malu i....



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

eh eh..saya dah lama isi..dah siap dapat dah lagi duit yang saya terlebih bayar kat gomen tu.. dah siap belanja beli buku kat pesta buku lagi...hooyeeyy.. he he

okebai!...

ciput shah kata? isk isk isk....

Erna said...

imashah..dah siap hantar dah..tapi masih lagi guna borang..

Muhamad Zaki Zafir said...

saya tgh tlg mak buat ni.skali staun je kan, mcm2 dh lupa ape nk tekan.haha.

ibuintan said...

cepat, cekap dan efisyen.... memang senang.. dah buat dah

Dinas Aldi said...

Akak udah selamat buat minggu lepeh. lega kan dah siap.

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

gomen berhutang denga cikgu yerrr
he he

Wassalam

adrenalina said...

alamak..lupa!!! trima ksh tolong ingatkn...xpernah buat lagi ni e-filing???xtau dah patut kene cukai ke belum!!!

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya dah siap isi awal bulan lepas..

iKhRam said...

saya masih muda... hahaha.. malunyer.. knp saya tak tau perkara2 cam nie...

DaHLia said...

yang terlebih bayar tu share2 leh?? ekeke..

dahlia xbuat e filing lagi..
sebelum ni mmg dikata xlayak kena cukai, sebab gaji ciput jahh..
potong PTPTN, KWSP ..

esoklah mintak no pin tu..hiks :D

Cik SHiNJU said...

Kalau bayar zakat ke pusat kutipan zakat xyah bayar income tax dah kan? ke kena gak?

IMANSHAH said...

@Cik SHiNJU

kena isytihar, ada pelepasan cukai untuk zakat

Solihin Zubir said...

aku dah isi! hehehe..

~Nabilah~ said...

adoyaiii!!!x tau pown bnda2 macam ni...hehehe....

sonata anak kancil said...

dah beres....dicatat...terlebih bayo...dapat balik...he3x

azrinrahim said...

ayie tak kne isi pon..lala sebb memang blom keja..haha btw, mcm ad orang kne blnjer jer?? haha bila ab iman nak blnjer nie..lala

NICK IRFAN said...

borang apa plak ni? aku rsa xpnh dpt lagi

gadisBunga said...

ok la ok la. isi sekarang.

*malehnye nak isi2 borang.....


p/s: kite lahir sama bulan lah!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget