WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 7, 2010

MAKCIK, KOPEK!!!

Mungkin agak pelik bunyinya tajuk entri yang aku tulis kali ini. Itulah sebenarnya keindahan bahasa Melayu. Satu perkataan, membawa banyak makna. Dalam kes-kes tertetu, di sesetengah kawasan, perkataan yang digunakan boleh membawa huru-hara. Contohnya dalam kes perkataan KOPEK. Aku teringat satu cerita guruku yang baru pertama kali ditempatkan di Kelantan.  Beliau ke pasar dan ingin membeli durian. Kebetulan durian dijual oleh seorang peniaga wanita tua. Lantas setelah dibayar harganya, guruku itu telah menyuruh penjual durian mengopek buah durian. Maklumlah orang KL, bahasanya mudah sahaja.

"Makcik, Kopek!!'.

Penjual durian yang sememangnya orang kampung yang tidak terdedah dengan makna lain  perkataan KOPEK, terpinga-pinga. Lantaran penjual itu menyangkakan guru tadi mencarut kerana maksud KOPEK dalam bahasa Kelantan ialah T*T*K. Keadaan huru-hara berlaku apabila penjual durian tadi memarahi guru tersebut dengan kata-kata kesat.  Makcik tersebut beranggapan guru aku mencarut kepadanya. Malu pun ada dihambur dengan kata-kata kesat di pasar.

Apapun, entri ini merupakan repost dari entri yang terdahulu tapi ditambah baik dengan cerita hari ini. Tapi sememangnya hari ini aku teringin sangat nak makan durian. Tak tahu di mana nak cari. Ke Jusco hari ini, memang tak ada. Cuba ke kedai buah yang selalu aku kunjungi.

"Hayya, mana ada durian sekarang, bukan musim la taiko.."

"Nenas mau ka? "

Tauke kedai tersebut memang tahu aku sukakan nenas kerana aku merupakan pelanggan tetapnya. 

"Nenas tak mau lah tauke..Saya punya emak tak kasi makan nenas banyak-banyak. Kalau pelempuan mengandung boleh gugur woo.."

Aku pulang hampa.


Terima kasih En Google, tengok gambar pun jadilah.
                             
Berbalik kepada cerita KOPEK, rutin harian bila pulang ke kampung ialah mengopek kelapa. Sementelah kakak memiliki kedai makan dan mengusahakan perusaahan kuih-muih, maka banyak kelapa diperlukan. Makanya apabila pulang, aku akan diarahkan untuk membantu urusan mengopek kelapa atau dalam bahasa kelantannya  KOYOK NYO. Percaya atau tidak, untuk mengopek kelapa memerlukan kemahiran yang tersendiri. Sudah tentu sesiapa sahaja yang mencubanya buat pertama kalinya akan berpeluh. Namun bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa. 

Memang benar, kehidupan moden sekarang menyebabkan ramai dalam kalangan kita sekarang sudah tidak pandai atau kurang mahir dengan pekerjaan yang diwarisi oleh orang tua. Kalau dulu, ada orang yang mengambil upah memanjat pokok kelapa, namun pada hari ini kerja-kerja tersebut diambil alih oleh golongan beruk. Jangan nanti, perangai pun dah jadi macam beruk..Anak-anak terutamanya di bandar sudah tidak didedahkan dengan perkara-perkara seperti kopek kelapa, parut, kukur dan perah kelapa kerana sekarang ni semuanya  ready made  asal ada duit sahaja, ataupun yang paling senang beli sahaja lauk di kedai. Habis cerita.


Notakaki Imanshah

Untuk pengetahuan teman-teman, nenas mengandungi khasiat Vitamin A, B1 dan bromelain  (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Bagi buah durian pula  mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

88 GENTA RASA:

norfaridahanum said...

waaa....durian..xpe,lagi 2 minggu je nk balik.yahooo

IMANSHAH said...

faridahanum

durian bukan musim skrg takdo kat pasaran..haha

Uthman AG said...

dulu dekat rumah mak angkat saya pernah kopek kelapa.

igt lagi,tangan belah gune parang, kaki tendang kelapa. susah takde sape aja. haha

Kalamhati said...

mujur kawe gheti koyok nyo..hehe

IMANSHAH said...

kau gunalah pengopek yg lebih berteknologi, jgn dok guna parang tu..haish

ibuintan said...

lain tempat lain makna tu yang bahaya tu...selalu disalahtafsirkan

IMANSHAH said...

Kak wan, pakai kapok ko pakai pengoyok??

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt. Aha, patut pun last week dan 2 hari lepas lalu area Manjung, Lumut dan Tsiping tak nampak bayang-bayang rupa hidung durian~

Tambahan: Selain nanas, cuka juga mempunyai asid sitrik untuk melembutkan daging.

IMANSHAH said...

ibuintan

haha btol2, tempat kami kopek buah tu dipanggil koyok buah

IMANSHAH said...

Izzah salam

datang perak ka..tulah susah tol nak cari. Masa banyak tak nak makan..haish

betul, cuka juga boleh galang gantinya

Abu Aiman said...

sementara nak nunggu musim deghyan, layan tempoyak dulu... =)

IMANSHAH said...

Abu Aiman

Kawan memang suka deghian, tapi tak suka tempoyak..pernah makan tempoyak ikan patin, mak ai, muntah!!

makdara TERdiva said...

thn ni durian kat kg saya x de musim..huhu!

IMANSHAH said...

MDT

Takde musim means tiap2 bulan berbuah ka?

naz said...

perghhh gambar sahaja buat saya hilang pedoman haha

IMANSHAH said...

Naz

Dush, jngn tak tahu durian 3 ulas harga 15 hinggit pun sanggup beli eden

luahfikiran said...

SALAM,
DURIAN NI KEGEMARAN LF. KALAU DULU, 1 BUAH DURIAN MEMANG TAK CUKUP. SEDAP, SEDAP ! SEKARANG NI, KENA CONTROL. FAHAM SAJELAH, ENGIN DAH TAK BERAPA BAGUS.
KALAU NAK DURIAN, MUNGKIN BOLEH CUBA KAT CHOW KIT KL. DI SANA TU, TAK KIRA MUSIM !

Insan Marhaen said...

lepas kopek nyo, jangan lupa kuko. baru le namanya anak mak..

hysman said...

perghhh cikgu..
dah lame ni tak pekena durian.. gambo pokcik G tu mmg mengiurkan tapi saye geti kopek sendiri..hehehe

Rozali said...

Salam Maal Hijrah Iman

he he
teringat dulu2..ada orang sebut hantu kopek...

Wassalam

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Saya kurang minat dengan durian, tapi kalau dibuat bubur durian suka lak...

sonata anak kancil said...

sayabsuka makan nanas masak ! durian menggemokkan ! betol ka???

Muhamad Zaki Zafir said...

durian ni mmg faveret.kecik2 dulu sampai meleleh2 darah keluar hidung.byk sgt makan.panas dalam! :D

faizura rahman said...

sy org kl, tp sedang belajar di kelantan..1st time smp sana, mmg huru hara bahasa..nak cakap, takut salah..bila org bercakap, xfaham pulak..so banyak berdiam, dan mendengar..skrg da 2thn, masalah bahasa da kurang..

kte kan 1malaysia, jadi harus gigih belajar budaya dan bahasa negeri lain utk elak salah faham..peka tu penting! hehe..

eszol said...

kawe cukop benci bono ore kalu tulih post tulih guna ayat pelik2 gini

mu ni...

gi cari tino nikoh

hahaha

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Guane demo... Kopek nyo lawo ke dok...gelenyar demo hok tengok kopek-kopek ni abe wehhh..

EEEMMMM kalau aku kat kampung mmg kena kopek kelapa sendiri parut sendiri.... sekarang kalau kat andar semua dah dalam kotak santan kotak ala-ala giteww...

AfiQ said...

hambik!! jange main abe weh.. maroh mok cik2 tu ke.. sebut ikot dang.. hahaha.. =)

IMANSHAH said...

Dato' LF

Alamak jauhnya nak ke Chow Kit nak dapatkan durian,

Tulah, umur dah semakin meningkat ni kena jaga pemakanan kan dato'

IMANSHAH said...

IM

Aduh, kuko nyor tak berapa ghet kalau guna stail lama..sekarang guna mesin eletrik lagi senang

IMANSHAH said...

Hysman

Haha, bagus, org muda2 sekarang nak kopek durian pun tak gheti, tau makan adalah

IMANSHAH said...

Rozali

ntah betul ke idok citer hantu kopek tu, haha..

sekarang ni tak payah nak carik hantu, banyak benor hantunya,,ada hantu siang, hantu rayau, hantu dadah, hantu samun semua ada

IMANSHAH said...

Abd razak

ustaz mesti tak tahan baunya kan

IMANSHAH said...

Kak Hajah

Sesekali makan doyan apa salahnya, nak doyan sedap mari perak, doyan batu kurau memang best..

kek melako ade ke doyan??haha

IMANSHAH said...

Zaki

wah makan sampai berdarah hidung..kau menketedarah ke hapa??haha

IMANSHAH said...

Zaki

wah makan sampai berdarah hidung..kau menketedarah ke hapa??haha

IMANSHAH said...

Faizura

memang pelik kan loghat kelantan..saya di perak ok skitlah, loghatnya tak berbeza sangat.lagipun ipoh deme idok guna loghat peghok bebenor, guna bahasa buku je

abyway belajar kat kelantan di mana tu??

IMANSHAH said...

eszol

mung gak, aku tulih gapo jah tu, mung ni pehe kok laing..yolah nanti kawe nikoh lah

IMANSHAH said...

Afzainizam

ahah, kena belaja lah sume tu kalau dok kapung..masa kecil2 anak2 perempuan kena masak, anak lelaki kena kopek dan parut kelapa..

kena g kedai beli budu ka, kicap ka, cili ka

IMANSHAH said...

Afriq

haha, biasalah sebut benda tu kalau kat kl kan..haha

Ikmal Fayadh said...

teringat kakak tekcho di kantin star. haha

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Sy pun selalu menggunakan perkataan KOPEK itu merujuk kepada untuk membelah-belah..huhu

IMANSHAH said...

Fayyadh

adoya, kamu ini maseh juga terkenang kesah nan lalu..kakak itu??ohw saya tidak mahu mengenangnya

IMANSHAH said...

Sinomosa

ahah, kopek duit den kan..ahah

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.
saye generasi mude yang tahu kukur nyior.cewah.haha

Citarasa Rinduan said...

siannya cikgu iman tak dapat makan durian

kalau di giant JB sentiasa ada..walau tiada musim

tapikan, tentang nanas tu..saya suka baca faedah buah tersebut...macam nak makan hari jer..biar cepat kurus dan slim..hehehe

Idalara said...

Durian...oooo no...memang buah yg sanggggt akak suka..akak meng pakar pilih durian dan kopek @ kupas durian..agaknya tu pasal akak awet muda kot,sebab suka sgt mkn durian.... hehheehehe...perasan la tu..

ps tp akak tak suka makan nanas sebab tak berapa eluk untuk rahim..

IMANSHAH said...

Hadi chewah,,haha bagus2..guna mesin ke pengukur tradisional??

IMANSHAH said...

Ayu, tulah pasal, jauh benor nak g Giant JB tu..hehe

jangan makan nenas sangat bak kata kak ida tak elok untuk rahim

Citarasa Rinduan said...

LER, sungguh ker...
kalau macam tu saya batalkan niatlah..

tq kak ida

IMANSHAH said...

kak ida, memang muda pun..betul tu..wah pakar pilih durian ya, nak g jalan rumah akak nanti makan durian

IMANSHAH said...

Ayu

adei haha, makan sekali sekal je

- abdul hadi abdul muti - said...

kukur tradisional le.ha..sebab kalau kukur yang moden tu, nanti kelape die macam dah nak hancur. mak saye selalu buat kuih yang ade pakai kelape.macam buah melake, kuih lopeh.ha..kelape yang parut pakai kukur duduk tu je yang boleh produce kelape nak letak kat kuih ni.ha..(bercerite dah macam tokeh kuih pulak.haha)

IMANSHAH said...

Hadi

haha bagus2 anak muda, terperinci...wah kau duduk macam mana, macam sopan je..hekhek

- abdul hadi abdul muti - said...

cikgu ni..suke tau!!ha..menci!!hahaha

IMANSHAH said...

hadi,

jagan marah na, nak jadi peguam kan..wah seronok keme nak g camping ya..hati2

cikgu isza said...

nasib baik saya mengidam durian masa musimnya..

nak pula yang bahagian kkucing tidur tuu..

punyalah suami usaha cari sampai dalam setiap ruas tu semuanya kucing tidur.. :D,

kopek yang mengopek tu bahasa blah utara rasanya.. kalau saya boleh faham dua2 makna klo ikit situasi..

IMANSHAH said...

Cikgu Isza

Saya tak faham bahagian kucing tidur...bahagian mana tu

khaifaiz said...

Peh durian.. dah lama tak layan.. thn lepas baru lepas overdos durian

IMANSHAH said...

Khaifaiz

overdos??haha takpe2.muda2 kolestrol kurang lagi an..huahua

sekamar rindu said...

salam....


cikgu...saya nak gelak....."kopek" hahahahahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhahahahaha.......lawak guling2 hehe..

saya org kelate..tahu laa..betapa malunya makcik tu..:)

IMANSHAH said...

cikgu sekamar rindu

isy tak baik guling2 malam-malam ni..haha

nak wat camner, kan..haha lain tempat lain caranya

Afida Anuar said...

Durian..my peberet tuh...

ahaa, itu la, sekarang ni ada santan siap..senang.... dulu kala waktu sek menengah sempat jugak la tolong mak "Koyok Nyor"..."kukur nyo"..."peroh nyo".. time nak masak masakan yang memerlukan kelapa memang rohok sket....hehe..Dulu-dulu la. Sekarang tidak lagi sebab beli je santan yang dah siap diperah..senang..errr....

IMANSHAH said...

afida

betoi tu, tambah2 bulan puasa kan, kul 3 dah mula kokok nyo..hehe

nUmara... said...

saye pandai kopek kelapa.. :p
cecehhh.. :)

Pn Kartini said...

makan durian..sodapp!:)
bab2 koyok nyor tu ..pernah gak dulu2 try..:):)now..semua SEGERA!!uhh..:)

n@m@n said...

carilah durian ready made jugak..haha

abid_PM said...

yelah,, teknologi memudahkan manusia, atau memalaskan manusia.

semua benda boleh beli pakai duit.
ambil contoh pasal makanan.

nak makan burger pegi mcd.
nak makan ayam pegi kfc.
nak makan nasi pegi crs.

tapi tau ke susah nak tuai padi
tapi tau ke seronok tangkap2 ayam
tapi tau ke macam mana nak sembelih lembu.

fikirlah yang lain. malas da, da berteknologi sekarang ni :D

Mak Su said...

durian ganti ngan nenas where got road, kan..

apa? awet muda? sekarang gaks gi cari

salam maal hijrah

IMANSHAH said...

Numara

bagus2

IMANSHAH said...

Puan Kartini

betul tu semua segera dah skrg..sediakan duit secukupnya

IMANSHAH said...

naman

Durian ready made ada ke..haish

IMANSHAH said...

Abid

alalahai

tuai padi, saya boleh
tangkap ayam, tu kurang sikit
Sembelih lembu, mana ada semua orang buleh buat..haish

tapi percayalah kenapa orang dulu-dulu sihat tanpa penyakit??sebab buat kerja-kerja ni semua..
'
Dan kenapa ramai orang sekarang bertimpa2 penyakit..

sebab makan makanan segera nilah..tak gitu

Amy Syaquena said...

As'salam..

OMG amy x suke durian tapi tompayak ok je hu3...

IMANSHAH said...

Mak Su

Salam maal hijrah untuk maksu

IMANSHAH said...

Amy

hilang satu nikmat hidup..hehe

Pencacai Alim said...

indah bahasa jiwa bangsa..

wahida said...

fuh!!! saya kalau bab durian boleh mkn sampai x ingat dunia...suka sgt!!

nabilah_2908 said...

tau gak pasal Kopek tu...bila mula bercampaur dgn kwn2 dr negeri kelantan...tp dieorg tkla marah2 mcm macik tu...tp dok gelak2 je... :)

erm...x berapa gemar pada nenas... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DIY BLOG TEMPLATE

IMANSHAH said...

Pencacai Alim

Bhasa melambangkan bangsa..

IMANSHAH said...

Wahida

saya dah jumpa dah, ada satu apek jual tepi jalan, katanya durian bukit

IMANSHAH said...

Nabilah

betul2, kami pun gelak kalau ada geng2 luar yang cuba nak bercakap loghat kelantan, teruk bunyinya..macam siam

Fakhrur Razi berkata said...

huhu masa sekarang setakat meyerahkan kepada mesin jer semua kerja2 cmtu xD

eh kalau dorg xguna kopek jadi dia guna apa ye?

IMANSHAH said...

Razi

Diaorang guna belah...atau koyok

Mr.Ix said...

ada satu alat untuk 'kopek' kelapa kn.....mudah gak.

Qamarul said...

aikk.. pompuan yang nak ngandung.. kou plak yg pantang nenas.. ha3

IMANSHAH said...

mr Ix

Apa nama alat tu

kak zaa said...

suko dgn bahasa klate...
koyok nyo...
hehhee...
klate 'pure'
lagu2 mano pun ..bahasa jiwa bangsa

Wahida Nasution Thakhrim said...

lain tempat lain maksudnya.. he3

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget