Entri ini bukan hasil penulisan saya. Saya petik dari FB milik kawan di mana penulisnya mohon untuk sebarkan buat renungan bersama.
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.Sunnah nabi jarang nak ikut. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..Oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yangbodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung dan sebagainya. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masukke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yangdilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))








35 GENTA RASA:
saya memang x reti nak simpan kuku..penah buat tp calar balar muka.. :P
MDT
Baguihla, nanti rosak muka tu yang gebuss
kdg2 tgok ramai mmbr pomnpuan ni kuku tak bape nk panjang sgt le tp ditrim hujung supaya nice curvenyer..aku igt die nk potong abes.. adehhh,nape la manusia begitu..
aku suka awek yg kuku pendek..sape die?? lai..lai..lai..
~tp cikgu, la ni ramai pompuan sosial tak reti masak dah kawin pn mkn kat luar jd anaknya mkn terjamin.. hehehe.. boleh mcm tu???
budak Kentang
Tulah asyik makan luar je, sdangkan air tangan isteri dan ibu itu lebih afdal kan untuk anak2..kat luar belum tentu terjamin kebersihannya..
ohh maksudnye kalau nak pakai cincin,kene ada niat nak ikut sunnah nabi,bukan nak berhias?
tapi kalau dah kawin nanti?^_^
salam...
saya cukup marah bila pelajar saya kuku panjang..
alahai Cik Jah
maksudnya soal niat tu masing2 lah..memang lah nak berhias..esok2 pun nak berhias tu untuk suami..tapi dalam nak berhias kena ikut sunnah nabi..cara pakainya..bukan main pakai je..ibu jari pun nak masuk juga
Sekamar Rindu, saya pernah bagi pengilat kuku kat depa..buat pilihan pakai pengilat kuku atau potong depan saya..huhu
teringat pula cerita tukang tebar roti canai yang pakai cincin dan kerana roti canainya laris dia bergegas dari tandas tanpa menyedari masih ada kesan2 na**s di cincinnya... maklumlah nak cepat takut pelanggan lari. maaflah cerita ni agak kurang enak didengar...
Kak Waruna..saya pun pernah dengar cerita ni.
hurm, saya bukan peminat cincin
akak x suka la kuku panjang, dahla kotor, leceh pulak nak buat keja. pernah simpan kuku panjang di satu jari ja masa sekolah rendah dulu. masa tu budak lagi, saja nak tengok camana rasanya. dah merasa, x seronok pun.
salam dik Iman...
masyaAllah , akak paling tak minat kalu bdk2 yg dtg ngaji berkuku panjang , tp yg degil tu pandai sorokkan kuku dlm genggam diorg ...haiii gerammmmmm
ummi
tulah, bukan budak perempuan je, budak lelaki pun sebuk nak simpan kuku panjang2..bawak je nait clipper suh depa potong dan2 tu juga
Kak dinas...kalah artis..haha
cg2 jngan dok kuku panjang nanti buat modal kat anak murid..
nanti katanya..TU CIKGU BOLEH PLAK SIMPAN KUKU
nice! TQ share cikgu :)
Post-post menarik.
Allah wujud ke?
Allah Sangat Baik. Setuju?
iqbal...welcome
alhamdulillah..sy dah bace info nie kat emel...
rom, sekadar perkongsian untuk kengkawan semua..hang kuku panjang ka??
cikgu
saya ada baca dan buat entry tentang peotongan kuku..syer pun dapat dari fb..
baguskan bila kita dapat renungan dan kongsi sama-sama...pasti inilah salah satu cara dakwah yang kita sebarkan bersama...untuk kebaikan sesama kita..
kak Ayu
haha, kak ayu kan pemilik restoren yang hebat..bayangkan berkuku panjang kan..hurm
Assalamualaikum Iman
Tahniah
info yg berguna
Wassalam
Rozali, terima kasih maklumat yang baik kita sebarkan bersama
cikgu..
sentiasa kena jaga kuku tau..kalau tak..lari customer citarasa rinduan..
eik......geli jer..hehehe
kak ayu..hehe tulah pasal..tapi kat area taman ni ada seorang wanita ni..pemilik restoren, kuku selalu hitam cantik berkilat2..tobat saya tak masuk dah
kaum nabi lut pakai cincin kat jari telunjuk and jari tengah eh ckgu?sbb setahu saya,golongan 'itu' pakai cincin kat ibu jari
Pernah baca juga kat FB... Nice sharing... teruskan usaha murni... :)
terima kasih, t.kasih atas info ini.
nice :D
thank 4 the info ":)
kuku panjang ne kotor bile nk mkn.. geli bile terselit kuman celah2 kuku..
Farid..
pakai ibu jari tu kaum nabi luth zaman moden
#amirul, abid dan abu muaz..
sama2, benda yang baik sama2 kita sebarkan
Darkman..ingat kau pun simpankuku gak, maklumlah lelaki maskulin
nak carik calon pon tgok kuku kan??
islam sedetail2 nya...
Siti Mashitah..
btol2...mashitah kuku panjang tak??huhuhu
Post a Comment